----

----
----

Monday, December 03, 2012

Saya taknak putarkan masa, saya cuma mahu kenangkan sahaja!

Hari ni tak ada yang benda urgent yang perlu aku siapkan di opis, jadi ada masa untuk clearkan laci yang dah berbulan tak berusik. Kalau emak tengok, mesti dia dah kata ular buat sarang. Ada ke logic ular nak bersarang dalam laci aku? Kalau kat bilik rumah di kampung logic lah. Eh? 

Sedang tengah bersihkan ‘sarang ular’,  operasi aku terganggu sebab terjumpa thumbdrive lama hadiah dari arwah abah. Tahun 2005, 128MB. Sungguh oldschool. Kalau dulu memang berbangga, kalau sekarang orang dah tak pandang. Paling kurang pun, orang nak kan yang 8GB. T_T

Tapi aku sayang thumbdrive ni. Ada sentimental value di situ. Tapi kesal, sebab aku dah hampir lupakan. Maafkan aku, abah. Jadi, hati tergerak nak tengok apa yang aku pernah isi dalam thumbdrive tu. Mula-mula kena scan. Perlu. Kalau tak, bukan je kenangan lalu yang hilang, data sekarang pun boleh jadi kenangan. Ada assignments tahun 2007, ada resume zaman jahiliah dan ada satu album peribadi ‘Bon-voyage’. Ya. Tiba-tiba rasa sentimental menebal. Rindu sungguh. Mari tengok gambar. Ini gambar masa kami di akhir semester di UIA. Semua masih anak dara. Semua masih suci. Semua masih slim. Eh. Itu aku la. HAHA






























Ini kawan yang paling aku rindu.


-
-
-
-
-




Serius aku boleh menangis bila tengok gambar ni. Perginya dia memang tiada pengganti. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Semoga Allah pelihara dan permudahkan perjalanan hidup anak-anaknya. Semoga Allah kuatkan hati keluarganya.



Hidup kat dunia ni, kita kena bersedia sebenarnya. Bersedia untuk ‘pergi’ atau bersedia untuk hilang orang yang kita sayang. Kalau tak bersedia pun, sekurangnya kita perlu kuat ataupun berlagak kuat, tak perlu bergantung harap pada orang luar. Ramai orang selalu cakap mereka faham apa yang kita rasa. No. Big NO. Mereka tak faham sebenarnya unless memang they have experienced it before. At the end of the day, cuma kita yang rasa sakit nya. Bukan orang lain. Yes. Cuma kita.





-
-
-
-

Untuk kawan-kawan yang pernah terlibat dalam hidup saya, anda bertanggungjawab di dalam setiap kenangan saya. Jadi, sila jangan sia-siakan perasaan saya sebab saya sayang kamu semua. I miss u all, and most importantly, I miss US!

XOXO
AnaBest

Tuesday, October 23, 2012

Euro Trip Day 6 - Switzerland (29/8/2012)

Hari ke 2 di Switzerland sangat menyeronokkan!

Pagi-pagi kami bangun, berhajat nak naik Alps. Plan asalnya memang kami tak nak naik mana-mana gunung pun, sebab harga tiket beratus-ratus. Tapi bila fikir balik, macam rugi pulak kalau tak naik, kan? Bukan nya selalu nak datang sini pun. 

View pagi-pagi dari tingkap cabin

Tengah bersiap sambil breakfast
Perjalanan mencari stesen Lauterbrunnen
Dah park kereta, mari cari kaunter tiket (saja tangkap gambar sebab takut lupa park kat mana. haha)

Maka, aku buat homework sikit pasal ni, dan kami buat keputusan nak naik top of Europe, Jungfraujoch! Oh, kalau nak naik atas, setahu aku ada banyak pilihan. Samada nak naik kat Jungfraujoch atau Titlis atau Schilthorn atau Pilatus. Harga tiket memang berbeza, sebab Jungfrau adalah the top of Europe, makin tinggi, makin mahal lah. T_T  Jadi dah alang-alang sampai sana, kami pilih Jungfraujoch. Jadi mari beli tiket tren. (Kalau naik Schilthorn, kena naik cable car).

Inilah gambaran Jungfrau dan Schilthorn (dalam bulatan). Dan dalam segiempat tu, Lauterbrunnen, tempat kami naik tren.
Jadi kami berempat pun park kereta dekat station Lauterbrunnen, dan cari kaunter tiket. Kalau nak naik atas, make sure naik pagi-pagi sebab tak ramai orang, dan tiket lebih murah. (Walaupun memang mahal sebenarnya!). Tapi untuk yang stay lama, boleh lah beli swiss pass, lepas tu dapat diskaun untuk naik top of europe. Swiss pass tu juga boleh dapat diskaun/free untuk semua public transport di Swiss. Kami beli tiket pergi balik dengan harga CHF 168 perperson. Apa kata cuba tukar duit Malaysia -> RM 556. Ini perperson ye. Nanges lagi! 


The view.
Ala..tak nampak gunung bersalji belakang tu.. huhuhu

Masa nak naik tu, agak tak ramai orang. Maka boleh pilih seat selesa sikit, sebab 50 minit juga lah nak sampai atas tu. Kami naik di Lauterbrunnen, dan kena tukar tren di Kleine Scheidegg. Lepas dah tukar tren tu, telinga dah rasa bingit sebab tinggi kot. Pening-pening pun ada. Tips: Elok lah ambil seat di belah kanan sebab view cantik. HoHo. Tren akan masuk terowong dan berhenti 5 minit di 2 stesen, Eigerwand dan Eismeer untuk bergambar. Kami semua turun di Eigerwand sahaja untuk bergambar-gambar, dekat Eismeer, En Temmon turun seorang je. Malas lah nak turun naik tren. Dasarrr. HAHA

Kami naik di Lauterbrunnen, tukar tren di Kleine Scheidegg, dan terus ke Jungfrau
Budak ni mana-mana pun dia boleh lena.
Dah semakin tinggi....

Orang tak ramai, jadi tak malu nk bergambar. hewhewhew
Tukar tren di Kleine Scheidegg
Ni di pit stop Eigerwand. Tren berhenti 5 minit je. 

Bila dah sampai, semua excited. Suhu masa tu dalam 2 celsius. Sejuk gila. Kalau time winter, tak tau la macam mana. Jadi kami jalan pelan-pelan menikmati pemandangan. 

Ok dah sampai. Apa-apa hal, bergambar dulu.

Ini laluan bila dah sampai stesen Jungfrau. Jalan je sepanjang laluan tu, dan singgah lah mana tempat yg rasa nak singgah.
Alia pakai baju baru cik non beli.
Dekat main station Jungfrau. Baru nak mulakan perjalanan.
Aku tak paham macam mana orang yg tengah selongkar beg tu boleh tiba-tiba join kitorg, padahal dia nampak kottt..
Tribute

Terowong ais ni laaagii sejuk dari luar tu taw. huhuhu

Jatuh ke teww? HAHA
Bestfriend in ice
4 of us
Keluar je dari rumah ais tu, terus ke open air.

Budak kecik tu tengah makan ais. "Emmm..cedapnye.." Betuah sungguh.

Alia still tgh makan ais. haha

Sejuk sambil bibir biru...tp tetappp nak makan ais. T_T
Suhu ok la..boleh tahan lagi, tapi bila angin tiup jeee..Perghh. Rasa nak turun cepat-cepat
Alia ok je main ais. Mama dh sejuk dah..
Yang ni toksah cakap la..Dia memang ok je..
Ini macam gambar poskad. hehe

Alia nak bawa ais turun. Bawak la nak..
Sejuk. Sejuk.
Lepas dah tak tahan sejuk, kami ambil keputusan untuk turun aje lah. Bibir Alia sampai biru tahan sejuk, tapi dia rilek je... So, lepas beli souvenir ala-ala kadar, kami pun berbaris untuk turun. Masa nak turun, orang agak ramai la..tapi sebab kan tren nak turun tu ade banyak, so, tak ade lah sesi rebut-merebut.


Kat sini ramai omputih lepak mandi. Rasa nak join je.
Rumah-rumah orang di tepi gunung.
Dah sampai....untuk turun, makan masa dalam 30 minit je.

Bila dah turun, kami balik cabin, makan dan rehat-rehat jap, sambil pusing-pusing area dekat-dekat je. Nak jalan jauh, tapi hujan pulak. T_T

Hujan lebat di Lauterbrunnen. Sejuk gilak.
Bila dah malam, perut lapar, tapi bosan lah asyik makan nasi masak sendiri je. Jadi kami turun ke Interlaken, cari pakcik jual burger halal tepi station ketapi. En. Temmon cakap, aku dah kena burger kangkang. Sebab aku yang teringin burger tu. Boleh?


Mr. Grill. Sedap ooo..biasa la..orang kebulur.

Gembira dapat makan burger. haha

Ok. Habis entry Switzerland. Esok ke Italy pulak. Jumpa lagi!