Daku lupa dan malas nak update sebenarnya. Tapi mengenangkan
rasa best pulak bila dah tua tua nanti boleh baca balik semua cerita berjimba
ni, lalu ku gagahi jua. Tapi nak tulis version laju laju je lah.
Ni cerita dah basi. Cerita tahun lepas. Mak Jemah ke London
lagi. Kali ni nak merasa musim winter. Tapi salju takde lah time kami pergi ni.
Risau pulak takut puan ibu tak tahan sejuk. Kali ni kami anak beranak pergi
termasuk cik puan ibu ku. Tujuan utamanya, ibu nak melawat anak kesayangan
beliau di Manchester tu haaa.
Dan kali ni merasa lah naik airbus. 2 tingkat. Besaq habaq
hang. Dan tak ramai orang. Ibu ku siap dapat free 3 seat untuk beliau seorang.
Boleh baring baring. Dan kali ni perjalanan selama 14 jam. HUHUHU. Lemau bontot
ku di atas awan. Anak anak macam biasa lah. Diorang ok je. Cuma amni suke beno
vera. Rasanya berkali kali dia vera. Mama jugekkk yang kena salinkan pampers.
Sebab abah bagi alasan dia tak muat masuk toilet tu kalau berdua. Iyeee ke..
Pandai betul alasan dia.
|
Amni. First time ke London. Nak jumpa sepupu. |
|
Opah dan cucu cucu nya. Opah ada kerusi tongkat. |
|
Senang je jaga budak ni. Tido, vera. tu je keje nya |
|
Yang ni toksah cakap la. Lagi senang. |
|
Time makan paling mama suka. wiwiwiwiwi |
Sampai di London dalam jam 6.30 pm waktu sana. Sama seperti
kami datang dulu, time orang balik kerja. Sebab tu malas nak berebut naik tren,
lalu kami tunggu je abang ku dan familynya datang kutip kami di airport, dan
naik teksi terus ke BnB yang beliau dah sewa.
Sejam lebih jugak la perjalanan itu, sampai je dah jam 9pm
dan masak maggi beramai dan rehat saja malam itu. Ibu pun dah penat. Tapi mama
dan anak-anak jet lagged, stress nya daku. HAHA
|
Dah sampai. Muka masing masing dah comot. |
|
Alia, Aiyris, Mama. Ni dalam teksi. Luar tu sejuk mak ai. Pakcik teksi tu bagi lepak dalam kereta dia sementara tunggu rombongan teksi lagi satu tu sampai. Alia suka sungguh dapat jumpa Aiyris. |
Esoknya perjalanan kami hanya pusing London naik bas dua
tingkat tuuuu. Tiket semua abangku dah uruskan, kami follow saja. Hehe. Lawatan
kami ni santai dan rilek je. Takde kejar apa-apa pun. So, hari pertama di kota
London, hanya jelajah naik bus dan naik tren. Hari ke dua pun sama,
pusing-pusing naik tren dan berjalan kaki sahaja. Hari kedua ni ibuku ikut
abang dan family beliau balik ke Manchester, naik virgin train. Kami anak
beranak stay lagi 2 malam di kota London sebab nak pergi Warner Bros Harry
Potter!... Hehehe. Tempat idaman ni. So, lepas hantar dan bye bye ibuku di
Euston Station, kami berempat pun berjalan kaki lah melihat pemandangan. Jalan
sampai kaki dah penat dan dah gelap, baru kami kembali ke sarang. Kali ni ambil
hotel area Euston Station je, sebab esok senang sikit nak ke Harry Potter tu,
sebab jauh jugak lah perjalanan naik tren untuk ke sana tu.
|
Pusing pusing kawasan perumahan dulu. |
|
Kakak dan adik |
|
Budak budak seronok |
|
Abah dan mama lagi seronok. hehehe |
|
Round lagi |
|
Adik pun pot pet cuma takde geng. |
|
Yeay. Opah dah ready. |
|
Semua dah ready. Jom!.. Eh. Opah tido sambil senyum pulak |
|
Tunggu tren. Untung laa jadi opah, ada kerusi. |
|
Happy |
|
Cak! Saya Jebat. Saya sebaya Amni. Tapi amni taknak kawan saye. huhuhu |
|
Opah dan mama |
|
Masa ni tengah tunggu bus |
|
Yeay. Berjaya naik bas. tapi tak mampu la nak duduk belakang tu. Sejuk bebenor. |
|
Budak2 dan abahnya duduk belakang. Konon tahan sejuk la |
|
Tak lama kemudian, semua pindah ke depan. kahkahkah |
|
Dan kakak terus lena. Ape daaa |
|
Masa ni nak hantar ibu and the geng naik tren ke Manchester |
|
Kami banyak stop rehat sebab ibu tak larat jalan. hehehe |
|
Lepas hantar ibu ke stesen, kami pegi check in hotel jap lepas tu pegi balik ke stesen untuk bye bye. Dekat je pun hotel dan Euston Station tu |
|
Dalam Euston Station |
|
Seronok sungguh dikau ye |
|
Ni dah malam. Saja jalan-jalan. |
30/11/2015.
Pagi pagi lagi dah bertolak ke tempat Harry
Potter tu, tiket kena beli online ye kawan-kawan. Make sure beli awal, dan
nanti print je tiket tu kat kaunter di sana.
Dalam ni sebenarnya biase je lah bagiku. Macam muzium.
Sesapa yang tak minat Harry Potter, lupakan laahh. Tak payah masuk. Boring.
Macam kami anak beranak, memang suka! Tambah2 si Alia tu. Excited!... 3 jam
habis, rasa macam sekejap je. Nasib baik lah kami ni jenis masak dan bawa
bekal. Jimat duit haku. Dan jangan lupa minum air favourite trio Harry Potter
tu, butter beer. Rasa macam root beer je punnn. Malas lah nak tulis banyak,
layan gambar je lah. Hehe
|
Masak dulu |
|
Dan breakfast dulu. Kakak ni apa pun dia belasah. |
|
Dalam tren |
|
Dah sampaiiii |
|
Ni kat pintu masuk. Bilik Harry |
|
Ruang makan Student Hogward |
|
Asrama Harry |
|
Jenis jenis tongkat sakti |
|
Over sungguh kakak |
|
Tempat wajib bergambar |
|
Mama pun nak la jugakkkk |
|
Naik ketapi |
|
Dalam ketapi |
|
Outdoor ni sangat sejuk. |
|
Main salji buatan. Ni bukan salji betul. |
|
Outdoor. Ada bas, rumah keluarga angkat Harry, jambatan sekolah dan lain lain |
|
Lunch. Bekal je. |
Lepas dah selesai, kami pun kembali ke London, naik bas dan
naik train. Jam awal lagi, tapi macam nak malam dah. Kul 3.30pm dah maghrib.
Bosan gila datang time sejuk ni. HUHUHU.
Bila dah malam hari, kami rasa rugi pulak kalau balik hotel.
So, ronda-ronda di waktu malam la pulak, walaupun jam baru kul 4pm tapi dah
malam. Kami pusing pusing sampai lembek lutut, dalam jam 7pm baru lah kembali
ke hotel, tapi sempat lah singgah tesco beli roti dan singgah kedai makan
nasik. Malas lah nak masak. Esok nya nak ke Manchester pulak. hohoho
|
Big Ben di malam hari |
|
Trafalgal Square |
Ok lah. Jumpa di lain hari. Kbai.