----

----
----

Thursday, September 03, 2015

Koh Lipe, Thailand (14/8/2015 - 16/8/2015)

Assalammualaikum. Cak!

Cuti cuti ke negara jiran ni hanya short gateways sahaja. Ini semua En Temmon punya plan. Aku memang sikit pun tak ambil tau. Kasi la chance dia plan holiday, kannn. HAHA.
Oleh kerana aku tak ambil tahu, jadi segala kos tak dapat lah nak share. Yang aku tau, dia book hotel seminggu awal (kot??) dan inform semua ahli rombongan yang dia dah book hotel. Bayaran lain (bot, ferry dan makan bayar dihari kejadian nanti). Oh ya. Rombongan kali ni kami angkut sekali umi En Temmon, adik beliau serta makcik dan pakcik beliau. Dua kereta masuk siam. Berpoya-poya secara berjemaah ni best sebenarnya. Meriah dan ramaaiiii sudi layan Alia & Amni. Muahaha.

Perjalanan bermula dari Khamis malam. Kami gerak lepas office hour. Tapi aku biasa la..mengantukkkk manjang. Tapi sebagai isteri solehah, aku kesian jugak dekat En Temmon drive dari KL ke Alor Setar sorang2, maka aku taburkan janji manis untuk ganti drive jam 10 pm. Tapi janji tinggal janji laa.. Kul 12 am aku tersedar sampai dekat mana tah, lepas tu sambung balik tido sampai lah kena kejut sebab En Temmon beli nasi lemak. Lapau katanya. Maka, aku pun bangun sebab nak mkn nasik lemak itu. Keji kan? Muahahhaa.

Dalam jam 2am kami sampai Alor Setar dan terus tidur sebab esoknya lepas Subuh dah nak gerak ke Wang Kelian, Perlis.

Esoknya, kul 7am kami bertolak. Sejam je dari Alor Setar. Urusan dekat border pun En Temmon yang uruskan. Kalau bawa kereta, kenalah sediakan geran kereta. Dan untuk masa nak cop passport tu kena bayar RM1 setiap seorang. Tak lama mana pun, setel lah urusan sebab tak ramai orang pun. 

Maksu and Amni. Orang lain sibuk kat kaunter, kami malas nak amik tau. haha

Kakak is happy. Beliau ni kalau cakap nak tido hotel memang suke sungguh

Apa apa pun, kita wefie dulu. Maktok tu, dgn sapa sapa pun, kat mana mana pun beliau boleh sembang

Lepas selesai semuanya, terus drive menuju ke Pakbara Jetty. Sejam je perjalanan. Bila dah sampai, akan ada banyak tiket kaunter untuk feri ke Koh Lipe (koh tu maksudnya pulau). Menurut En Temmon, beli lah tiket dekat kedai yang sebelum roundbout besar sebab lagi murah. Dan boleh tawar menawar lagi. Kami dapat 900baht (RM100) per person untuk pergi dan balik. Untuk Alia dan Amni free. Baca dalam blog orang lain, paling murah boleh dapat 800baht per person. Pengangkutan awam untuk ke Pulau Lipe ni bergerak 3 kali sehari kalau tak silap. Pagi, tengahari dan petang. Kalau pagi, dapat naik speed boat. Kami naik feri sebab beli tiket untuk tengahari, jam 12pm. Lama juga lah perjalanan ke pulau tu, dalam sejam setengah. So, siapa-siapa yang mabuk laut, sediakan lah plastic bag sendiri ye. Sebab ni bukan feri mewah ala ala 4 bintang. Toilet dia pun menakutkan. HUHUHU

Dalam feri. Mama tak dapat lena pun. HUHUHUHU
Dekat sana, kami tidur di Bundhaya Resort, ambil 3 bilik untuk 2 malam. Hotel ni mahal sikit dari yang lain-lain tapi layanan amat superb. Pekerja hotel dia dah tunggu dekat jetty untuk bawa kitorg ke hotel, sampai lah ke dalam bilik. Kami jumpa pekerja hotel ni masa dekat transit jetty. Sebab lepas turun dari feri, kena baik bot pulak untuk ke pulau, kena bayar 50baht seorang. Masa bayar di kaunter baru tahu ada pekerja hotel dah tunggu dan siap tolong angkat beg masukkan ke dalam bot. Naik bot dalam 5-10 minit je. Dan lepas tu ada pick up truck dah tunggu untuk hangkut guest ke hotel. Pulau ni kecik je, tapi kalau kena jalan sendiri bersama beg beg yang besar itu dan anak anak yang ligat tu, aku rasa, aku boleh kurus sebelum masanya. Nasib baik lah ada orang sudi kutip kami. HUHUHU. Dia siap angkat beg sampai lah masuk dalam bilik.

Welcome to Koh Lipe

Kakak pun nak jugak..

Ni lepas transit dekat pelantar, naik bot kecik pulak. Penuh orang dan beg.

Tengok air dia terus membuak buak nafsu. Nafsu nak mandi laaaaaaa

Sempat lagi selfie walaupun bot sangat laju

Dah sampai.

Perjalanan ke bilik tidoq

Bilik kami. Sila cari Amni.
Bila dah rehat rehat dalam bilik, agak2 cuaca dah tak panas, kami pun terjun lah ke laut. Dekat je laut, depan hotel je, tapi kena berhati hati. Laut sini banyak batu karang. Cedera kaki ai tau. HUHU Lepas sudah bermandi manda, terus jalan jalan di Koh Lipe Walking Street. Saja nak tengok ada jual apa. Sempat lah tapau roti cokelat. Dap nya dap nya. Sini banyak kedai halal. Don’t worry. Tapi tersangatttt lah banyak anjing. Anjing yang baik, agaknya memang diorang bela kot. Cuak ai lalu lalang sebelah anjing. HUHUHU
Bila malam, kami belasah maggi je sebab malas nak pegi cari makanan. Dan lepas makan aku bersama En Temmon dan Amni sempat lah berdating kejap sambil pergi beli tiket Island Hopping. Survey punya survey, kami pun beli lah dari pekerja yang boleh cakap melayu. Senang sikit nak tawar harga. Kedai dia paling dekat dengan entrance walking street belah pantai. Kami ambil pakej private bot ke 4 pit stops, makan dan sewa snorkelling set untuk 4 orang (tp dia bg 5 set). Total semua 2400baht untuk 6 dewasa.

Acara berendam beramai ramai. Sini byk baju karang. Aduh, sakitnya kakiku. huhuhu

Budak ni sedang mengaplikasikan teknik berenang beliau

Masa ni Amni kat mana tah. Mama sudah lupa anaknya. haha

Ronda Koh Lipe Walking Street. Masa ni bukan peak season, maka tak ramai orang.

Lepas meronda ronda di malam hari.
Esok pagi nya, jam 9.30 am (waktu Thailand), driver bot bersama anaknya dah setia menanti depan hotel (dia tunggu dalam bot dia laa.bukan dalam hotel). 
Driver ni boleh cakap melayu, so senang la nak request macam macam. Hihihi.

Aku tak ingat lah kat area mana dia berhenti, tapi semua tempat memang best gila. Semua cantik cantik. Oh ye. Lepas naik bot tu, dia akan bawa ke satu tempat untuk bayar. Ini bayaran wajib untuk masuk national park. Satu bot 1000baht. Kalau pandai tawar, boleh lah dapat 500 baht je. Ini memang kena bayar, jgn buat buat terkejut pulak kalau driver bot tu minta.

Budak ni, mula mula penakut. Lepas tu, dia pulak yg terjun dulu, tak tunggu orang. 

Ni pit stop pertama. Cantiknya batu karang dia....

Yg depan tu, Alia tengah belajar guna snorkeling set. Kejap je dh teror.
Sehari suntuk kami habiskan masa dalam laut. Si budak Alia tu, daripada dia takut nak terjun, sampai kan dia terjun dulu dari semua orang. Pandai pulak tu guna snorkelling set tu, Berenang sorang dia je. Kita pulak yang kena kejar dia sebab risau jauh sangat. Dah la mama nak berenang pun semput, Sudah nya, dia pulak yang tarik dan tolak mama ke bot. HUHUHU

Amboi...Posing tak ajak kite

Macam mana nak ajak, kena layan budak kecik makan biskut. HUHU

TokCik dan Amni. Nampak tak mama tengah makan di belakang dengan lahapnya? haha

Dekat sini stop kejap je. Sini ada waterfall, tp kena panjat kalau nak tengok. Rasa rasa aku panjat tak?

Layan laaa budak muda nk selfie.

Tinggi jugak kena panjat. HUHU

Maksu panjat dengan En Temmon sahaja. Panjat lah korang adik beradik, tak kuasa mama nak layan. haha





Jam 4pm kami semua kembali ke daratan. Penat dan lapar (walaupun dah melantak nasi goreng bungkus). So, kami decide untuk makan di kedai terus. Makan di dalam kebasahan. Lantak la. Kami makan nasi putih dengan tomyam seafood, kari hijau, ikan siakap 3 rasa dan kerabu manga. Total makan kena dalam 2000baht untuk 6 adult. Agak mahal, tapi ok la.. Tengah tengah pulau kottt. HUHU

Lepas kenyang melantak, kembali la ke bilik masing masing. Semua dah pancit. Aktiviti adalah bebas malam nya. Jiran bilik sebelah dah whatapps ajak shopping tapi sebabkan anak anak lena, kami relakan mereka shopping dulu, kami join later later. So, jam 8pm bawa lah anak anak pergi berjalan lagi di street walk tu. Takde shopping mana pun, beli fridge magnet untuk ibu di kampung je. Dan bila terserempak dengan maktok and the gang, diorang ajak mengurut. Thai massage 300baht untuk sejam. Ok what. Kat KL paling murah rm60, sini dalam RM30 je. So, semua ahli rombongan masuk mengurut kecuali En Temmon. Dia tak minat sangat urut urut ni, biaq ai je yang urut u bangggg. Haha. So, beliau kena jaga anak anak. Masa mengurut seksanya la hoi. Dah la kena tenyeh dengan makcik thai tu, anak anak ai pun sekali join tenyeh mama dia. Bila makcik tu tengah urut area kepala, budak2 tu urut area perut i. Ha! Mampu? Bayar murah tp dapat pakej 3 orang mengurut? HAHA

Nak malam dah....

Abah kena jaga anak anak, mama nk mengurut. haha

Rumah urut. Jangan biarkan suami anda berkeliaran keseorangan. Byk godaan di sini. HAHA

Masa mama and the gang kena tenyeh. I dok kanan sekali, maka tiada dalam gambar. Kat sini, kalau nak sedap, jgn la amik tukang urut yg muda muda. Sila amik yg tua sikit. Best woooo.
Lepas mengurut, kembali lah kami ke pangkal jalan. Terus lena sampai ke esoknya. Penat sungguh. Esok pagi, kami plan nak mengurut lagi, sebab dapat diskaun. Tapi, bangun esoknya, hujan turun selebat lebatnya. Masa breakfast dekat café, melayang layang ditiup angin. Eh. Kain yang melayang, bukan kami. Nasib baik hari ni dah nak balik, so memang tak ada plan lain selain tunggu bot. Bot kami jam 12pm, so, kul 11 kena inform dekat reception kaunter tu, dan nanti ada kereta hotel standby akan hantar ke jeti. Nak balik ni pun sama je processnya macam nak datang. Kena naik bot kecik dulu before diorang dropkan dekat pelantar dan naik bot besar. Masa ni, ombak sangat lah kuat, maklumlah lepas hujan. Ketaq lutut nak panjat pelantar wei. HUHUHU. Apa apa pun, semua selamat walaupun mama hampir mabuk laut. Stress ai. HUUUUU. Dari pelantar Koh Lipe ke Jetty Pakbara pulak, kena naik bot laju untuk sejam setengah. Masa datang, naik feri, selesa, ada aircond, dapatlah lelap seminit dua (sebab bersilat dengan Amni, kalau tak memang gua dh tido sepanjang perjalanan. Huhu), masa balik pulak, naik bot laju yang tak berapa selesa, nak tido pun tak boleh. Tapi I loikeeee. Hoho

Breakfast dalam hujan lebat sampai kena beralih tempat duduk. Makan roti je, dengan cornflakes.

Nak balik dah. Ni depan reception kaunter

View dari cafe. Masa ni tengah tunggu kereta nak angkut. 

Dekat pelantar transit sementara nak tunggu bot besar.
Lepas dah sampai jetty Pakbara, kami pun terus makan dekat kedai sebelah jetty tu. Tapi tomyam dia biasa je, sedap lagi tomyam kedai pla pla kat rumah haku tu. HUHU
Dan lepas makan, kami terus lah menuju ke Alor Setar sebab malam nya, nak kena balik KL terus, esok kerja hoi. Nasib baik lah En Temmon gagah, tak perlu nak bergilir drive. I doakan u gagah selamanya. Hihihi


Ok. Habis dah entry Koh Lipe.