----

----
----

Monday, July 27, 2015

Aku pun nak jugak wish Selamat Beraya. hihihi

Assalammualaikum.

Sambungan entry Australia berehat sekejap sebab tuan tanah cuti raya lama sungguh. 10 hari kauuuu. Ramai orang kagum ofis aku ni banyak beno bagi cuti. Dah force leave, nak buek macam mano. Dapat 2 hari force leave, untung laa...yang balance tu kena lah apply annual leave.

So, entry ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Tahun ni beraya di Alor Star dulu, raya ke dua baru balik Gerik, tu pun malam baru sampai. Raya ke 3 baru lah pegi beraya rumah sedara mara (rumah opah je pun, orang lain semua dh balik kampung lain. HUHU). Kalau di Gerik, kami selalu meriah hari raya pertama je, siang dan malam. Selalunya lepas solat raya, kami kena tunggu rombongan sepupu sepapat (budak-budak) dan few tetamu yang sempat, sebab selalu lepas tengahari, kami akan tutup rumah. Kosong. HAHA. Kami pun nak jugakkk beraya rumah Opah kami. So, jalan kaki je pergi rumah opah dan sedara-mara dalam kampung tu. Lepas asar baru kembali ke pangkal jalan. Bila malam nya, turn sedara-mara pulak datang rumah. Kena lah masak serba sedikit kan... Dan esoknya, raya ke dua, dah macam takde apa-apa berlaku. Macam tak raya je. Maka, tido. tido. dan tido. Sebab raya ke dua ramai sedara dah balik ke rumah mertua masing-masing pule. Hihi

Lain pulak situasi kat Alor Setar. Raya pertama, lepas solat raya, memang kami akan terus tutup pintu. Berjalan raya sehabis boleh. Sampai lepas maghrib baru habis jalan. Selalunya, kena bawa baju spare lah. Bila dh berlemuih, boleh mandi dan salin kat rumah Tok Wan en Temmon tu. Dan malamnya, selalu tak ada aktivi (kecuali kalau orang datang beraya) dan masak untuk makan-makan esoknya, di raya ke 2. Dekat sini, dah memang tradisi, setiap kali raya ke 2, mesti ibu mertuaku buat makan-makan, panggil sedara-mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Selalu start tengahari, sampai lah malam. Ramai sungguh sedara depa nooo.


Budak-budak gembira sungguh. From left: Arissa, Anies, Amni, Alia.

Ha. Semua dah menutup aurat. 

Gambar kelorga.

Ramai sungguh anak mama.

Ini gambar 4 generasi. Nyang, Opah, Mama dan anak anak
Raya ke 3 dah malas nak pakai baju kurung. Pakai tshirt je. Boleh? hehe
Rumah Opah i ni meriah kalau raya. Ramai makcik pakcik pulang beraya, so, tengahari makan dekat sini je. Syoknye haku tak payah masak. Hewhewhew

Ok lah uols.
Selamat beraya.
Posa ganti jangan dilupa.

Monday, July 13, 2015

Western Australia Day 10 & 11: Katanning – Hyden - Perth (24/5/2015 - 25/5/2015)


Hari ke sepuluh mari tengok waverock. 
Wave Rock ni dekat Hyden, 5 jam dari Albany dan kena lalu Katanning. Perjalanan dari Albany ke Katanning dalam 2 jam, tapi sebabkan bawa ikut speed limit, jam 12pm baru lah sampai. HUHU. Kebetulan hari ni hari Ahad. Hari Ahad memang tak ada orang berkeliaran. Tak tau lah kenapa, tapi memang tak ada orang. Macam pekan yg kena tinggal. Sunyi sepi.

Katanning ni pekan muslim. Ada masjid. Dan ramai pelancong muslim singgah sini utk solat dan rehat-rehat. So, destinasi yg dituju adalah masjid Katannning. Sesat jugak la nak cari masjid ni padahal ada je signboard kecik tulis ‘Mosque’. Mungkin tak perasan. GPS bawak ke mana-mana tah, tapi En Temmon kan terror. Pusing pusing dah jumpa. Mulanya ingat boleh lah jumpa mana mana kedai halal, sebab malas nak masak. Sekali, memang takde pun kedai (maybe ada, tapi kitorg tak jumpa), dan takde manusia pun untuk tanya. Mana pergi semua orang ni? Kena makan garuda ke? HUHU

Bila sampai masjid, tengok ada banyak kereta. Lega sikit. Ingatkan betul dah penduduk ni di makan garuda. Eh.

Masjid Katannning

Siap tulisan melayu

Tunku Abdul Rahman yg rasmikan masjid ni rupanya


Budak-budak bergembira. Bosan agaknya dalam van jeeee

Orang ramai sebab solat zohor dan mengaji. Sempat lah En Temmon solat dan berborak dengan tok imam masjid tu. Dia boleh cakap melayu. Muka pun melayu. Tapi menurut pak imam tu, generasi muda diorang dah tak boleh cakap melayu dah. Tua tua je tau. HUHU. Tak sure lah dari mana asalnya penduduk sini, tapi boleh baca sejarah Katanning dekat google.
Dekat sini, kami rehat kejap dan masak. Kena lah masak, apakan daya cari kedai makan tak jumpa. Sambil masak, anak-anak abah bawa ke playground. Nasib baiklah ada playground dalam kawasan masjid tu. Dalam jam 1.30pm baru lah kami bertolak ke Hyden. 3 jam lagi perjalanan. Jauh nya hoi.

Sepanjang panjang perjalanan ke Hyden pemandangan nya sama je. Hutan, padang, pokok, bushes dan seangkatan dengan nya. Boring kan. Nak jumpa bandar pun sangat susah, dalam 40km, baru ada town berdekatan. Dah la minyak nak habis. Boleh pulak ada tempat tu, takde letrik. Satu bandar takde letrik, maka tak boleh isi minyak. Petrol pump dia pulak, kecik je, macam dekat area kampong tu je, tapi kena guna credit card sebab takde orang jaga pun. Serius takde manusia. Aku rasa macam semua orang dh dicolik oleh alien. Maka, gamble lah menuju ke next town dengan harapan adalah stesen minyak. Pekan pertama, petrol pump tutup (tak tau la tutup atau owner pegi toilet). Nak tanya, tak jumpa orang. Pekan ke dua, takde letrik. Cuak dah. Pekan ke 3, jumpa akhirnya! (setelah sesat). Masa isi minyak dekat sini, serius aku takut. Takut tetiba ada zombie keluar. Kalau uols tengok cerita walking dead, kan ada pekan pekan yg tak berpenghuni. Kosong. Ha! Sebijik macam dalam tv situasi kami ni, cuma bezanya, takde zombie. Maaflah...Mama kan suka imagine. Hihihi

Lepas isi minyak tu, terus lah kami menuju ke Wave Rock Caravan Park. Ini je satu satu caravan park yang ada dekat sini, dan mungkin sebab tu lah harga dia pun mahal, A$63 untuk 1 malam, dan park ni kena book awal ye. Kena email dulu sebab selalu penuh. Masa kami sampai dah jam 5.30pm. Dah gelap. Nak masuk maghrib dah. Tak sempat buat apa-apa pun, jadi terus parking, jalan-jalan sekitar dan tido. Esok lah baru menjelajah kawasan.

Tempat tido kami. Seperti biasa, ambil ensuite powered, toilet dekat.


Day 11.

Good morning! Hari ni bangun awal sebab bersemangat. Hihi. Dekat wave rock ni banyak tempat sebenarnya. Untuk geng yang muda-muda dan kuat berjalan, boleh hiking. Kalau spend 2 hari dekat sini, puas kot. Tapi memandangkan kami ni nak tengok tempat yang glamer je, setengah hari pun dah cukup. Tempat pertama kami pergi adalah Yawn Hippo. Alah..tengok batu je. Bentuk badak tengah menguap. 

Yawn Hippo. Belakang tuuuu.. Bukan depan.

Alia tangkapkan.

Takde apa sangat. Ini je.

Tempat paking. Kosong.

Lepas tu, kami ke Wave Rock. Kalau dari Yawn Hippo nak ke waverock tu, jalan kaki pun boleh, tapi kami kan rajinnn. Drive je. hehe. Nak park dekat sini kena bayar, tapi disebabkan kami sewa camping site dekat situ, dapat lah free parking dan coupon diskaun utk isi minyak. Ceh. Kereta kami sudah penuh minyaknya baru dikau nak bagi. Dah la valid digunakan dalam area Hyden je. HUHU. 
Kalau tengok waverock ni, wajib lah panjat batu tersebut. Jangan risau, ada tangga. Bekalkan tenaga sahaja. Adoi. Semput.

Macam ombak kan?

Ada tangga untuk panjat

Rupanya ada empangan di atas batu.

Anak dara penat, taknak senyum dah. HUHU. Masa ni, nak turun dah, tapi mama semput, sila rehat teman mama. kuikuikui
Dari camera abahnya. Mama tengah pujuk Alia selfie. Tinggi wooo nak turun tu. HUHU

Bila dah penat, maka kami pun teruskan lah perjalanan. Plan asal nak bermalam di York. Sebab nak ke Perth masih jauh perjalanannya, Tapi tetiba kami buat keputusan nak teruskan perjalanan ke Perth, lagipun, camping site yang aku contact dekat York ni tak reply reply. Terasa malas nak redah, dan rasa macam takde pape sangat nak dibuat di York, maka sebulat suara kami terus ke Perth, tidur dekat Perth Vineyard Holiday Park (camping masa Day 1), A$58 untuk 1 malam. Lepas dah check in, terus keluar balik cari makan. Dekat area ni memang banyak la kedai halal, don’t worry. Hohoho. Burppppp.

Habis.

Tempat tido. Sini tak best. Sebab betul-betul depan cabin warga tua (tak tau la tu memangrumah dorg atau pun rumah warga tua)

Friday, July 10, 2015

Western Australia Day 8 & 9: West Cape Howe - Albany (22/5/2015 - 23/5/2015)

Sebelum hilang ingatan, marilah aku sambung entry.

Day 8:

Perjalanan hari ke lapan diteruskan ke Albany. Dalam 50 minit perjalanan. Tapi tetiba En Temmon buat keputusan nak singgah ke West Cape Howe. Tak tau lah dari mana dia dapat info ni, tapi memang tiada dalam tentative pun. Dan tentative kitorg pun main belasah je letak, so apa salahnya singgah.

Lalu, set gps dan refer signboard. Akan ada banyak signboard untuk ke sana, tapi majority nya jalan dia tak berturap. So, takut nak masuk. HUHU. So, kami by pass je few sign board ke sana sampailah jumpa lagi signboard dan jalan dia berturap. Ok la kan. Drive la pelan pelan sebab masuk kawasan kampong, lepas tu dah start masuk ke dalam hutan, lepas tu hilang dah jalan berturap. Kena ikut jalan tanah. Wuuuu. Cuak jugak lah, tapi dah alang alang masuk, harus lah teruskan.

Ha. Ini lah jalan nak masuk ke sini. Ada bran?
Nanti bila dah masuk sampai ke dalam hutan tu, akan jumpa information board, siap ada peta untuk ke tempat tempat menarik dalam tu. Dan dalam peta tu ada tulis, jenis jenis kereta yg layak masuk ke dalam lagi, dan memandangkan kami ni bawak van je, so boleh masuk tengok West cape Howe tu je lah. Kalau bawa 4wd, mesti lagi best. Dan perjalanan pun diteruskan sampailah tayar van kami tersangkut dalam tanah. Sedihnya. Nak minta tolong, takde orang pun yg lalu lalang, nasib baiklah En Temmon dpt bini yang gagah, boleh lah tolong tolak van. (mula-mula dia suruh aku yg tekan minyak, dia tolak, tapi lagi ke dalam pulak tayar tu masuk. Eh, tak reti lah ai nak tekan tekan minyak ni. )

View kat sini, cantiknya ya amat. Dia punya tempat lookout tu pun diorang bina senget, supaya bila tangkap gambar jadi cantik la kot. Cuaknya berdiri dekat situ. Alia pun gayat nak bergerak, tapi Amni macam biasalah, dia meronta ronta nak turun dari pelukan. Memang tak lepas laaa.. Kang dia terjun tiruk masuk dalam laut, sapa nak jawab? HUHU

Sherley Beach. 

Cantik kan view?...... speechless.

Tu adik tu. Dia kira nak lari jeeeee

Baring baring rasa nak lena.

Kakak yang acah acah berani tapi gayat

Bila dah bosan lepak dan bergambar, kami pun kembali ke pangkal jalan. Masa dah keluar dari hutan, dan masuk ke jalan elok, tetiba aku teringin pulak nak drive (walaupun lesen tak laku kat sini sebab tak translate lesen to English language). Hihi. Saje la nak test. Laju je En Temmon berenti kereta nak tukar tempat. Amboi, pantang offer. Best jugak la rupanya drive dekat sini. Sebab tak banyak kereta, cumanya aku cepat bosan sebab kena ikut speed limit. HUHU. Dekat KL mana la penah ikut limit, kat sana kena bawak slow pulak. Memang bosan la.

Agak jam 12 tengahari baru lah kitorg sampai ke bandar Albany. Dekat Albany ni memang banyak tempat boleh singgah. Tapi sayangnya, masa kami dekat sana, tempat yg glamer tu, The Gap dengan Natural Bridge tutup pulak sampai end of June, ada major renovation. Mesti lagi lawa tempat tu jadinya nanti, Nampak gaya kena repeat. Hihi

So, apa je yg ada untuk dilawati? Kami redah je semua tempat yg ada signboard. Semua ok, SEMUA. Lepak dekat Frenchman Bay, Miscrybeach dan lain-lain dan yang paling best Blowholes. Tapi nak ke blowholes tu kena jalan kami jauhhhhh sangat. Arghh..penatnya bawak lemak. Eh.

Blowholes

Masa pergi kakak paling laju. Tengok la masa patah balik nanti. huhu

Bila penat, singgah tengok view

Tengok budak tu semangat.

Tungguuuu. mama semput
Masih tak sampai lagi....

Tapi penat berjalan ni memang berbaloi. View super cantik, tapi sayang, air laut masa tu tak kuat, so, air yg sepatutnya terpancut keluar tu, Cuma keluar sikit je, tapi bunyinya kuat yang amat.  

Yang ada signboard putih tu la tempat air laut memancut keluar. Kalau air laut tengah kuat, bahaya dok dekat dekat.

Lama jugak lepak sini. Sebab takde orang, boleh la baring baring. 
Nak patah balik pun satu hal. Semput semput. 

See? Mama kena buli dengan kakak. Beratnya dikau.

Jadi adik jugak best.

Bila nak penat, maka mama malas nak masak lunch. Lepas dah habis lawatan sambil belajar dekat situ, kami terus cari kedai halal. Tapau je lahhhh sebab nak kejar masa untuk check in. So, singgah lah ke Istanbul Kebab & Turkish Bakery. Kitorg tapau burger, kebab dan fish&chip untuk anak-anak. Fish&Chip dia sedapppp yang ampun, ikan dia lembut je. Adoi. Bulan-bulan posa ni, teringat pulak terus lapaq. Huhuhu

Kedai kebab yg sedap habaq ang


Dekat sini, kami ambil Big4 Emu Beach Holiday Park, $A110 untuk 2malam. Lepas dah check in dan makan dan uruskan apa yang patut, kami pun keluar balik untuk ronda ronda area bandar dia pulak. Ronda sampai gelap dan bosan baru kami pulang ke sarang.

Ensuite powered site
Day 9.

Untuk hari ke Sembilan, aktiviti kami hanya di sekitar Albany sahaja. Maklum lah, tempat ni besar jugak lah. Mula-mula tak tau nak kemana, so, masuk lah Discovery Bay. Dekat sini boleh pilih nak masuk samada ke tempat Whale, wildlife or taman botani. Nak masuk semua pun boleh, tapi kami masuk ke Wildlife park je lah. Sebab nak tengok koala. Hihi. Bayaran dalam $A30 untuk family package. Park dia ni macam comel je. Dah la takde pelawat langsung. Seronok la kakak dan adik berlari lari sakan dalam tu. Haiwan yang ada pun yang comel-comel je, binatang buas takde la..

Seronok dua beradik ni merayap

Baru ku tau ada kangaroo putih

Mangsa bila dia tak nampak.

Yang ni mmg selalu jadi mangsa

Adik suka sungguh koala dia

Seperti biasa, mama doesnt likeeee kangarooo. huhuhu

Tapi teringin nak pegang. huhuhu

Lepas tu, kami ke Salmon holes dan Albany wind farm pulak. Dekat wind farm tu takde apa pun, Cuma kipas besar tu je, boleh tengok dekat dekat. Tapi malas nak jalan. Hehehe. So, kami Cuma park tepi dan jalan sekitar situ je. Best sebab tepi laut dan angina sangat lah kuat. Amni sampai menggigil minta peluk. HUHU

Salmonholes. Kalau musim dia, akan nampak la ikan salmon berenang renang ke tepian

Windfarm.

Sejuk dan angin kuat. Lupa nak pakaikan baju sejok. HUHU

Masa ni amni dah menggigil dambakan pelukan abahnya.

Maka kakak bergambar la sengsorang. Ada hati tu nak ajak mama jalan sampai hujung. HUHU
Bandar Albany

Bila dah agak agak lapar, sekali lagi kami ke kedai kebab semalam. Rindu fish&chip dia. Sedap hoi. Kali ni makan kat kedai je. Dan lepas kenyang, sekali lagi kami ronda ronda cari pasal. Melawat Corps Memorial, lepak tepi pantai, main playground, sampai lah hari gelap.


Abis.