----

----
----

Tuesday, September 16, 2014

Pengalaman sedih dgn chengalmas travel

Siapa yang follow facebook aku, mesti tau pasal pengalaman sedih aku baru baru ni masa pergi trip hatyai-krabi 13/9-15/9

Sebelum ambil dgn travel agensi ni, entah mcm mana terasa yakin. Ada jugak dok tanya2 dengan member, tapi biasalah..masalah kecil kecilan boleh di maafkan. Masa member tu bgtau, dia ada ckp diorang tak dpt hotel yg dijanjikan. Tapi problem solved. Wpun dapat hotel murah, asalkan ada hotel, diorang maafkan. Fine. 

Kes ke dua kena pada member lain. Pun masalah hotel. Tapi masa ni aku dah tak boleh cancel sbb dah buat full payment. Masa ni member aku suruh double confirm pasal hotel dengan agent ni. Takut belum book.

Full payment rm450 ye. Inclusive all. Transport, insurans, hotel, makanan, tix fees, driver and tourist guide.
Tapi yg kami dpt cuma driver, van dan hotel. SAHAJA.

Masa mula nak book tu, hari hari msg minta bank in cepat cepat. Sebab nak book hotel katanya. Ok..fine. kita pun bayar deposit dulu. Selang seminggu minta full payment. Ok la..kita pun bayar full cuma lagi 3 orang minta nak bayar di hari nak bertolak nanti, which is lagi sebulan lebih dan dia kata ok. Tapi tetiba few weeks lepas tu msg lagi minta full payment and nak by esok juga. Masa tu aku dah sound dah. Dah la mungkir janji. Lepas tu desak desak nak duit. Tapi kita ni bayarr la jugak.
Tapi kes yg menyakitkan hati bermula dari malam sebelum bertolak tu.

1. Owner janji nak dtg ambil di rumah kat alor star. Tapi malam sblm nk bertolak tu dia msg yg van xbole nk masuk malaysia.  Jenuh kena cari kereta lain nak angkut semua pi border esok paginya sbb semua dh berkumpul kat aloq star. Huhu dah la kitorg sampai rumah dah jam 5am dengan jem kat highway. Huhu
Kalau betul van tak boleh masuk, cakap awal awal or jangan janji langsung!

2. Malam sblm bertolak dia ckp jumpa dia kat bukit kayu hitam. Dia tlg uruskan semua urusan, tukar duit dan urusan di border. tapi pagi2 nak bertolak tu dalam jam 7 pagi dia msg cakap dia tak pergi, dia bg je nombor agent thailand suh kontek sendiri dan pepandai la kat border nanti. Grrr. Nasib baik kitorg memang tau nak tukar duit kat mana.

3. Dan yg paling marah sekali adalah pasal pakej yg kitorg ambil. Pakej ambil full pakej. Termasuk makan,hotel dan jalan2. Tp bila jumpa agen, agen cakap diorg diberitahu pakej saya ni cuma hotel dan driver sahaja (patutnya ada driver & tourist guide). Bila dah complaint kat driver aka guide tu, dia ckp agent malaysia suruh bayar dulu duit makan dan tiket. Balik malaysia claim dari dia.
Senang kan orang tak bertanggungjawab buat kerja?

Jenuh haku nak menjawab dgn ahli rombongan. Semua bawa duit shopping je. Tetiba kena bayar sendiri, siapa tak marah. solution terakhir, agent akan refund rm800. Duit makan sahaja. Duit tiket, nanti diorang jawab kat akhirat. Kalau boleh jawab la.

Minta refund tu pun macam minta sedekah. Janji nak bank in malam. Esok petang baru bank in. Tu pun lepas haku ugut ugut nak report. Laju je terus bank in.

Lepas tu nak jumpa haku lepas habis trip, nak bagi rm500 refund. Untuk apa tah. Ai tak gila duit hokey. Dan hari ni haku spam penuh fb dia. Laju je delete smbl wasap merayu mnta maaf. Sori laa..sbb dh bengang.

Lepas tu offer trip free ke krabi. Sorry la ai nak layan. Hati ku telah diguris, sukar nak pulih.
Sekian entry sedih.
Tapi we had fun dekat sana. Agent thailand sangat baik dan sgt membantu. Baik gua terus deal dgn dia je..

Rupanya ramai lagi yg terkena. Dekat Ao Nang ada group 30 orang tak dpt naik bot sebab tak book awal. Kena tunggu bot kosong. Bila tanya, rupanya ambil dgn chengalmas juge. Adoi.
Insaf la bang.

Utamakan lah customer daripada duit tu. Customer lari, duit pun lari. Bai. Gua dah lari. Gua dah ajak member2 gua lari. Jgn nak kejar.

Monday, August 11, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Still dalam mood raya ke?
Of koss. Kata raya sebulan kan.
Ni saja nak test update blog guna henpon baru. Hahaktuih.
Apa pun, kami sekeluarga mohon ampun dan maaf jika ada sikitpun perbuatan dan pertuturan yg menyinggung anda semua. Kami insan biasa.
Selamat Hari Raya.
Ps: tahun ni mama anak beranak sakit mata daaa. Mata jadi zombie di pagi raya. Hùuu

Monday, July 07, 2014

Alhamdulilah.


Alhamdulillah.

Senyum sampai telinga. 
Usaha aku selama 2 tahun berakhir dengan keputusan yang membanggakan. Walau pun tak sehebat mana, tapi sekurangnya, aku terharu sebab dengan macam-macam dugaan dan alasan, selesai juga program Master in Comp Science (Software Engineering) di UPM.

Bukan senang taww nak sudahkan master ni.
Part time. Kerja KL.
Faktor usia. Now dah 30 tahun. Sobs.
Anak kecik.
Malas.

Sepanjang aku pergi kelas, memang hari hari aku berperang dengan emosi. Tipu lah kalau ada yang seronok sangat pegi kelas sampai tak pernah ponteng. Eh. Ada ke? haha.

Sebenarnya kan, masa sem 2 aku dah start malas, sem 3 dah start menyesal. Sem 4 dah over emosional emosi. Orang lain nampak aku macam smooth je proses kan. Pergi kelas malam, amik exam, ponteng kelas, presentaion bla bla bla. Ramai yg kagum konon nya boleh amik master, tapi korang semua tak tau macam mana struggle nya nak berperang dengan emosi. Sampai pernah bergaduh dengan En Temmon sebab dia tak tolong buat assignment. HAHA. Punya lah emosi.

Masa belum beranak kan Amni dulu, selalu jugak lah aku bawa Alia masuk kelas kalau En Temmon sibuk. 
Belajar sekali.
Aku sediakan laptop, tab, air, makanan. Diam lah dia sampai kelas habis, hehe

Kadang-kadang ada kelas malam lah, kelas ganti hari Sabtu lah, discussion lah. En Temmon dan anak-anak tak pernah komplen kalau mama sibuk. 
Terima kasih.

Special thanks untuk bos kesayangan Puan Ferry sebab izinkan aku balik awal dari office (4.30 pm) semata-mata nak pergi kelas jam 6.30 pm. Kalau balik ikut waktu (5.30 pm), memang kul 8 lah baru sampai UPM. Beliau dah mudahkan hidup aku, moga hidup beliau dimudahkan.
Terima kasih.

Pada kawan-kawan yang selalu bagi tiru assignment, selalu buat kelas sebab nak mengajar makcik tua yang tak paham paham ni, selalu bg updated info sebab makcik tua ni selalu terlepas tren, terima kasih. 

Pada lecturers yang sempoi dan tak sempoi, yang garang dan yang selamber, pun terima kasih. Terima kasih sebab tak gagalkan aku. 

Banyak betul pengalaman. Dan banyak kawan. Terima kasih semua.

Untuk kawan-kawan yg teringin nak ambil master, tak payah lah berfikir 2,3 kali. Teruskan aje. Lagi fikir, lagi lambat jadinya. Buat macam aku, belasah je. Kalau ada masalah datang nanti, kita redah je. InsyaAllah ada jalan. 

Orang kata, ada master pun takde la tinggi sangat value. Orang tak pandang master. Orang pandang PHD. Yes. Betul. Tapi, macam mana nak ada phd kalau tak ada master? Kan? Tak payah fikir cakap orang, yang penting, you are 1 step ahead in front orang yang selalu selalu dok kutuk, tapi takde hasil. 

Banyak benda sebenarnya nak luahkan pasal proses ambil master ni. Tapi izinkan lah aku tenggelam dalam emosi aku hari ni. Rasa terharu sesangat. Sebab perasaan dia lain dari masa nak dapat degree dulu. Betul. 

Mak! Anak mak boleh konvo dah!!

Note: Sedang berkira-kira nak apply PHD, tapi kena resign. Tak termampu rasanya kalau buat part time juga. 

Monday, March 17, 2014

Update terkini dan tak terkini.

Cak!
Eh. Assalammualaikum..
Lama sungguh tak ber update. Mungkin ada lagi yang tak tau aku dah beranak. Anak dara ke dua dah 5 bulan dah pun. Hehe.

Life sekarang agak hectic. Dekat office ada bos baru, jadi kerja macam dah kucar kacir dibuatnya, plus drama drama pejabat la, politik di pejabat laaa. Bosan. Kelas master macam biasa. Kelas malam. Sejak menjak ai differ 1 sem hari tu (sebab beranak), jadi sekarang ni terrrrsangat lah malas nak ke kelas. HUHU. Balik kerja, kalau rajin, ai masak dulu. Kalau malas, abah dan anak dinner roti je la. Haha. Balik kelas, selalu jadi lapar gila, lalu membedal makanan yang ada, lepas tu menyesal sebab plan nak diet la kunun. Choi.

Kadang-kadang ai balik kelas, anak-anak dah tidur. Kadang-kadang je la. HAHA. Selalunya, dua dua tu segar bugar lagi, daddy diorang yang lembik nak pengsan. HAHA.

Berbalik pada cerita baby, Farisya Amni dah 5bulan. Now dah boleh meniarap secara laju dan golek golek. Kalau letak dalam walker, dah boleh menapak, tapi ke belakang, bukan ke depan. HUHU. Hobi beliau main sembur-sembur air liur.
Masa ai pregnant 5 bulan dulu, ai dah bawa Amni buat umrah. =)
Gigih la menapak bawak perut. Nasib baik dekat Mekah dapat hotel dekat. Masa tawaf, ai lebih rela tawaf waktu panas terik daripada kena rempuh dgn orang ramai. Sebab kalau time panas terik tu, orang tak ramai, so cepat la sikit nak tawaf. Kalau time tak panas, or time malam ke, bersedia laaa nak kena langgar, yang paling sedih kalau kena langgar dengan kerusi roda. Sedeyyy. HUHU.

Waktu sa’e tersangat lah sejuk air-cond. Menapak la sikit-sikit. Dalam sejam setengah baru boleh selesai sa’e. Masa tu En Temmon dah lamaaa dah selesai. Tapi kan, pengalaman buat umrah ni memang bernilai. Maklumlah first time. Memang neves katak la sebelum nak fly tu. I pegi dengan pakej Tabung Haji. Next time kalau ada rezeki, memang ai akan ambil dengan TH lagi. Best!


Meh nak kongsi sikit gambar masa kat umrah.

Di KLIA

Oh lupa. I pegi sekali dengan MIL


Ramai sungguh hamba Allah.
Melawat tahik unta

Tapak perjanjian Hudaibiyah.

Jabal Uhud

Masjid Quba

Jabal Rahmah

Shopping kurma
Masjid Nabawi, Madinah
Gambar memang banyak lagi, tapi semua dalam camera En Temmon. Bila tah dia nak transfer. huhuhu. 

Masa sebelum fly, ai tak ambil vaksin, sebab pregnant. Mungkin sebab tu lah dekat Madinah ai demam teruk. -_____-

Masa ai buat umrah, Alia ditumpangkan sekejap dekat rumah sepupu beliau, Aiyris. Nak jugak haplod gambar Alia. hehehe

Tumpang sekolah Brainy Bunch untuk 2 minggu.

Semoga dua orang ni baik baik sampai la dah besar nanti ye

Dua budak ni muka sama. Kembar.
Alia cakap, bila abah dengan mama nak pergi Mekah lagi, dia nak ikut. Sebab dia dah besar. Setiap kali azan kat tv (yang ada tunjuk video kat mekah tu), setiap kali tu la dia cakap nak ikut. hoho.... Doakan ibu bapamu kaya, nak. Mama angkut semua.

Masa pergi umrah, Amni 5 bulan dalam perut. Dia selamat dilahirkan pada 17/10/2014 di Hospital Annur, Bangi. 





Waktu majlis akikah. Abaikan makcu di belakang. HAHA
Sebulan
Bersama kakak
-------------
 Usia 2 bulan.



-------------
Usia 3 bulan.


Bercanda di PD

-------------
Usia 4 bulan.


Kecik-kecik di ajar menutup aurat. HAHA


-----------------------
Hari ni genap usia 5 bulan. Lagi sebulan, mama sumbat nasik. kuikuikui. 
Ini gambar bonus. Gambar adik dan kakak. Adik sangat suka tengok kakak. Idola katanya.

Dua dua isap jari. Org selalu ckp, budak isap jari ni budak baik. Aku aminkan aje....




Kbai.
Amik kau. Panjang beno entry ni. Muahaha