----

----
----

Monday, December 03, 2012

Saya taknak putarkan masa, saya cuma mahu kenangkan sahaja!

Hari ni tak ada yang benda urgent yang perlu aku siapkan di opis, jadi ada masa untuk clearkan laci yang dah berbulan tak berusik. Kalau emak tengok, mesti dia dah kata ular buat sarang. Ada ke logic ular nak bersarang dalam laci aku? Kalau kat bilik rumah di kampung logic lah. Eh? 

Sedang tengah bersihkan ‘sarang ular’,  operasi aku terganggu sebab terjumpa thumbdrive lama hadiah dari arwah abah. Tahun 2005, 128MB. Sungguh oldschool. Kalau dulu memang berbangga, kalau sekarang orang dah tak pandang. Paling kurang pun, orang nak kan yang 8GB. T_T

Tapi aku sayang thumbdrive ni. Ada sentimental value di situ. Tapi kesal, sebab aku dah hampir lupakan. Maafkan aku, abah. Jadi, hati tergerak nak tengok apa yang aku pernah isi dalam thumbdrive tu. Mula-mula kena scan. Perlu. Kalau tak, bukan je kenangan lalu yang hilang, data sekarang pun boleh jadi kenangan. Ada assignments tahun 2007, ada resume zaman jahiliah dan ada satu album peribadi ‘Bon-voyage’. Ya. Tiba-tiba rasa sentimental menebal. Rindu sungguh. Mari tengok gambar. Ini gambar masa kami di akhir semester di UIA. Semua masih anak dara. Semua masih suci. Semua masih slim. Eh. Itu aku la. HAHA






























Ini kawan yang paling aku rindu.


-
-
-
-
-




Serius aku boleh menangis bila tengok gambar ni. Perginya dia memang tiada pengganti. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Semoga Allah pelihara dan permudahkan perjalanan hidup anak-anaknya. Semoga Allah kuatkan hati keluarganya.



Hidup kat dunia ni, kita kena bersedia sebenarnya. Bersedia untuk ‘pergi’ atau bersedia untuk hilang orang yang kita sayang. Kalau tak bersedia pun, sekurangnya kita perlu kuat ataupun berlagak kuat, tak perlu bergantung harap pada orang luar. Ramai orang selalu cakap mereka faham apa yang kita rasa. No. Big NO. Mereka tak faham sebenarnya unless memang they have experienced it before. At the end of the day, cuma kita yang rasa sakit nya. Bukan orang lain. Yes. Cuma kita.





-
-
-
-

Untuk kawan-kawan yang pernah terlibat dalam hidup saya, anda bertanggungjawab di dalam setiap kenangan saya. Jadi, sila jangan sia-siakan perasaan saya sebab saya sayang kamu semua. I miss u all, and most importantly, I miss US!

XOXO
AnaBest