Assalammualaikum..
sudah 3 minggu anak lelaki aku pergi.. tapi setiap hari masih terasa kehadiran dia. Allah bagi pinjam sekejap aje, 3 bulan setengah, tapi aku bersyukur Dia bagi kesempatan.
ramai orang tanya apa perasaan aku. apa aku nk jawab? aku sendiri tak tau. yang boleh aku jawab...
kalau dulu aku rasa hidup aku penuh. lengkap. bahagia. sekarang pun aku still rasa benda yang sama. cuma..ada rasa kosong sikit. ada yang kurang. bila teringat jadi sedih. bila tak teringat rasa salah. sudahnya apa yang aku buat jadi tak puas. seboleh bolehnya aku taknak ingat, nanti menangis lagi. tp seboleh boleh nya aku taknak lupa. mana boleh aku lupakan faris aiman.
itu yg aku rasa sekarang...
aku byk rujuk pd orang yang penah kematian anak, sebab orang yg penah alami je akan faham... selebihnya, aku hargai. bertuah aku ada keluarga dan sahabat yang sangat mengambil berat. terima kasih semua. aku doakan menda ini tak berlaku pada kamu semua. dan aku doakan agar Allah pinjamkan orang2 yg aku sayang lebih lama lagi, sekurangnya sampai aku mati... itu doa dan harapan aku.
aku malas nak tulis punca kematian kerana bg aku itu semua sebagai penyebab. ajal maut Allah dah tentukan, takkan cepat atau lewat sesaat pun. itu yang tersurat..cuma kadang2 sebagai manusia biasa, lahir juga perasaan marah. dendam. tapi aku cuba pujuk hati. sekurangnya aku ada saham di akhirat nanti..cuma aku harap hati aku ikhlas untuk redha dan memaafkan.
setiap hari aku rindu sangat pada arwah. setiap hari juga aku bercakap dgn dia,seolah olah dia tgh tgk aku dari sana.... tunggu mama ye sayang.
pada yang ambil berat, aku dah ok ye..boleh lah bergurau seperti biasa. cuma bila ditanya pasal arwah dan nursery lama dia, kadang2 aku jadi sebak sikit. biarlah aku yang bercerita. tak perlu ditanya. oh dan satu lagi. jgn lah pandang aku dengan wajah kesian ye. aku jd lemah kalau begitu pandangan kamu. pandang dan berbual lah seperti biasa.. aku betul2 dah ok. yang pergi, biarlah pergi. yang hidup ni masih tak tau nasib nya...
hari ini mama di kedah. nanti mama pergi melawat ye...