----

----
----

Friday, May 22, 2009

Tetiba je aku ade mood nak update.....Layan kan aje....

Aku nak update blog. Tapi setiap kali aku nak updet, mesti aku takde idea. setiap kali aku ade idea, mesti aku maleh nak updet blog. Isk...tak paham betol la.... Skang ni En.TeMmon takde kat rumah, berpoya2 dengan sahabat handai beliau. Aku pulak berpoya2 dengan internet. Sebelah kiri laptop, sebelah kanan TV, cite terminator 3. Naik teleng kepala aku mengadap 2-2. Tamak haloba sungguh!

Aku penat sekarang ni. Dah 6 bulan aku tak drive, tetiba aku kena drive sendiri ke opis. Sebelum ni syok je jadi mem besar menyandar sebelah driver. huhuhu........ Dah la kereta banyak. Aku pulak kena gerak awal. Tak daya la aku kalo kena paking jauh jauh, lepas tu menapak ke ofis. kalo dulu takpe la...kalo sampai lambat, En.TeMmon hantar aku betul2 depan lif, dia yang kena menapak sengsorang.....sekarang, tidak lagi!..huhuhu... dalam 8.30am aku kuar rumah, kul 9.10 sampai ofis. Tak kisah lah paking teduh ke panas ke...yg penting tak perlu menapak...penah jugak aku mintak reserve paking kat pakgad. tapi pakgad tu gelakkan aje. Cis cis cis. Ingat aku memain ke? Takpe la......

Sekarang ni dah 6 bulan 1 minggu. Perut semakin membesar. Bukan perut aje yang besar. Segalanya pun sibukkk nak naik besar sama. Tensen gua! Baju kurung tentulah dah tak muat. Dalam segala tgh nak membesar ni, aku tetap gagah menapak pergi lunch kat terminal. Memang la semput. Tapi sekali dalam sehari tu kena la jugak exercise. huhuhuhu.... Nampak gaya nya, bila dah bebetul tak larat nak menapak pergi lunch, aku kena bawak bekal laaaa............ tentu la kena masak. Ke ade yang nak tolong masakkan? hohohoho

Sekarang ni, asal aku tidur sekejap kat surau ofis tu, ade je tangan yang raba raba perut aku. Masing2 nak merasa baby aku tendang. Aku memang tadahkan aje.....Lantak korang la, asalkan bahagia. Esok2 dia dah besar, aku suh dia tendang korang betol2. nak??

Isk..best pulak terminator ni... Ganggu tumpuan aku je. Dah la.. aku nak mengangkang depan tv pulak. Lenguh pulak duduk depan laptop.... huhuhu.....

Note: En.TeMmon, dah kuar poya2 tu...belikan lah sesuatu untuk daku...babymu tgh lapoooo... huhuhuhu...

Saturday, May 02, 2009

Oh.....kenyang sungguh daku hari ni.....

2 Mei 09....mentang mentang la cuti panjang, berebut la semorang nak buat kenduri kan.........yang aku ni plak pantang plak kalo ade yg jemput, laju je nak pegi makan free. Hehehehe... Tu yang sampai naik juling bijik mata nak pilih kenduri mana boleh terjah. Last2, dua dua kenduri aku terjah. 1 kat ipoh, satu kat penang. Macam dekat je kan...........

1st kenduri, aku n en.temmon pegi ipoh, dari alor staq.... Tersengguk sengguk aku tahan ngantuk dalam keta, konon nak teman en.temmon la kannn... Last last die jugak yg terbuntang biji mata, drive sengsorang. Hohoho



Ni time kat ipoh. Cantik sungguh dikau, zaree. Nasib baik aku smp awal, sempat la jumpa geng geng sekolah aku dulu. Sume dh besar panjang......pastu berebut nak raba perut aku. Aku ape lagi. Tadah je lah......

Pastu masing2 la suh aku doa dorg cepat kawen...aku pon layan la budak2 pra-matang tu...terus la tadah tangan doa utk dorang...ade kot berkatnya doa time orang tgh dok sibuk tepung tawar pengantin. Hohoho

Sayangnya, aku tak boleh lama...sbb nak terjah umah abg keon pulak' kat kepala batas. Senior 'hot' time belaja kat uia dulu. Hahahaha....hot ke?



Sampai kat umah pengantin dah kul4.30 pm....walau dh tak ramai org tp still ada berapa kerat yg sama2 tgh dok menyumbat perut. Aku telan je suma makanan yg ada...nasik....cendol...roti arab.....semua lh..laksa je tak sempat, sbb perut aku meronta2 tak mau disiksa lagi.... "cukup2 la tu...." kata sang perut.

Kesimpulannya, perjalanan hari ini amat kenyang dan letih dan mengantuk. Habis separuh dari usia remaja aku dok dalam kereta je..... Persoalan nya, remaja ke?

Monday, April 20, 2009

~Happy birhday to my BELOVED husband~

Entry ini khas untuk En.TeMmon. Kerana hari ini, 20hb April adalah hari lahir beliau. Selamat Hari Lahir sayang~... Walaupon kita sebaya, namun dikau tetap tua dari ku. hehehehe...


Dengan ucapan:

1) Tima kasih sebab jadi suami yang sabar, penyayang, baik, tak banyak songeh, prihatin, bertanggungjawab..... (ini bukan ayat bodek, okkkkk)

2) Semoga panjang umur dan sihat sihat selalu....dan murah lah rezeki mu... (kerana jika dikau kaya, kaya lah haku... hohoho)

3) Senyum senyum lah selalu......(ha....kan comei kalu senyum...)

4) Sayang selalu~! (Err...bila kita nak 2nd honeymun? lalala~)

Love,
AnaBest & Babybest

Tuesday, April 14, 2009

Lalala....dah berkepuk, baru nak hapdet~

Hola!! Hidupku weekend lepas sangat best! Bak kata En.Syamsul Gagau tu, melotoppp!!!!........ Semuanya bermula dari Jumaat malam.

Besday surprise party untuk Najma kat Sri Gombak sangat seronok. Jumpe kawan kawan lama yang penting tu. Sangat susah nak jumpa mereka jika takda party party nih.. hehehe... (sebenarnya, aku yg lama tak jumpa dorang...asik berkepit ngan En.Temmo jerk... hehee) Jadi malam ittew, aku telah tinggalkan En.Temmon di opis berbekalkan satu sms untuk beliau.

"Nanti balik sorang ye...Ai ade dinner......." hehehe.... durhaka tak haku??? hohoho... En.Temmon yg tamau ikut...kan dh kena tinggal...

Jadi, Jumaat lepas, after dh setelkan keje, aku mintak izin kat team lead nak balik awal sikit..(skema kan aku???? mintak izin tuuu... lalalaa~)... Aku bukan saja saja nak monteng. Ini si-kecik Noni punye pasal. Kena teman kan dia pergi UIA. Ada ape tah kat uia tu sampai nak pegi tiap2 minggu. hehehehe........

After setel urusan kat uia tu, kitorg lepak kat Giant Batu Caves. Agak agak dh boring, kitorg tgk jam, still kul6pm. Dinner lak kul 9pm. Apekah aku nak buat sampai kul 9 ni???

So, secara tak malu nya, aku dan Noni pon sms maiza...

"Kitorg kat Giant ni. Dh bosan. Nak g umah ko, takde sape pun jemput..huhuhu"

Heehehe..nasib baik la maiza ni budak bijok. Terus die paham makna tersirat. Dia reply.

"Yela.. Aku jemput. Datang la. Aku otw balik."

So, secara tak malu nya, kitorg lepak la kejap kat umah maiza. Dinner malam tu best tp ade kureng. Sbb cikgu Reha tak ada. huhuhuhu.........Takpe, lepas ni, kita lepak lagi ye...

------------------

Esok nya, Sabtu, kitorg pergi rumah Din dekat Labis, Johor. Disebabkan wedding kat Penang aku tak dapat datang, aku nekad nak pegi Johor. Sbb anak dalam perut aku meronta ronta nak tengok Nabila sanding dengan Din. hehehee

Dalam kul12pm kitorg gerak ke Labis and dalam kul3.30 dah sampai. Comel sungguh pengantin hari ittuwww..... Dah dorang mmg comei, kannn....... To Din ngan Nabila....jangan gaduh gaduh. tak baik. hehehe.... cepat cepat buat anak..Bole geng ngan aku. lalalala~

Nabila dengan mama Ana. Nasib baik la gmbr macam gelap sikit, kalo tak mmg terserlah lah kegelapan ku berbanding nabila.. huhuhuhu

Nabila di apit oleh ibu ibu mengandung. Saje nak bagi aura. hehehee..Ape lagi Din....hohooh

Ini lah pasangan pengantin baru yg bahagia... Comei kan mereka. Dapat anak nanti, konfem comei. Aku dh bisik bisik kat anak aku suh ngorat anak dorang nanti. hehehe

-------------------------------

Lepas wedding tu, kitorang dah tak tau nak pegi mana. Dan aku telah berjaya seduce En.TeMmon supaya bawak la aku gi jalan jalan kat Melaka.

Bersama En.Temmon. Aku pakai baju kurung, okkkkk...

Melaka sangat happening di waktu malam sampai aku pun naik pening. Tambah dengan jammed lagi.. Ohh... sangat la menguji... Tapi, asalkan dapat round dengan En.Temmon, sungguh la bermakna... (ayat bodek untuk 2nd honeymoon.. hahaha)

Asalnya nak buat keja gila. Nak cari hotel, tido kat Melaka. Dah la datang sehelai sepinggang. hehe... Nasib baik la hotel semua full. huhuhuhu.... So, terpaksa la balik KL. Sampai rumah kul 3 pagi, terus membuta sampai esok. Oh...sangat penat (even tak drive pong)........tapi sangat best!!


Note 1 : Hari Ahad, tak keluar langsung dari rumah. Tengok ABPBH yang macam bosan tu... (tapi tgk sampai abes, okkk)

Note 2 : Jumaat ni balik Gerik pulak. Nak pergi wedding Yang Azhar.

Note 3 : Hujung bulan, balik Kedah. Ohhh
...penuh sudah aktiviti hujung minggu ku bulan ini....

Note 4 : Seronok gelak semalam lepas buat panggilan hangit kat Pony.. warghh hahahhaa... maaf lah............

Thursday, April 02, 2009

~Babyku 18 minggu dlm kandungan~




Lalala........gembira gembira. Entry ni khas untuk aunty aunty and uncle uncle serta opah & atuk serta tok & tok wan di luar sana yang nak tengok gambar terbaru baby comel aku. Baby dah 18 minggu dalam perut. (Aku kira 16 minggu, En.TeMmon kira 17 minggu, doktor kira 18 minggu)....... Jadi, kalian rasa kiraan siapakah yang harus aku terima? hehehe...

Baby sekarang tengah songsang sambil malu malu nak tayang muka. Doktor cakap normal kalau songsang sekarang...Dah besar sikit nanti, ok la dia tu. Gambar tu dia tengah membelakangi kamera. Ohhh... sungguh berlainan dengan ibu dia yang sangat mencintai kamera. hehehehe......ikut perangai abah dia la tu....malu malu nak bergambar.... Ye lah tu..........................

------------------------------------

Lepas check up terus dating. Lama sungguh tak dating dengan En.TeMmon. Asyik dating dalam kereta time pegi balik ofis...dating depan TV.... kadang kadang dating kat kedai makan mas cotek...Ohhh..sungguh tidak romantik.... huhuhuhu..... Kali ni, siap tengok Fast&Furious lagi... Baby dalam perut dah tendang tendang suruh balik... hehehe... Sabar la.. kasi la chance ai nak deting..........hohoho

Note 1 : Sangat teringin nak tengok perut Filzah...........Tak nampak la tengok gambar je... huhuhu

Note 2 : Fast&Furious 4 sangat best. (Walaupun aku tak penah tengok pun part 1,2&3)

Note 3 : Aduh...babyku tendang lagi....


Thursday, March 26, 2009

Kenapa lah cerita keliwon ni tak best langsung?!

Tajuk tiada kena mengena dengan entry.

Aku cuma nak luah kan sesuatu.

Aku tak jadi resign. Kenapa? Sebab aku mengandung. Ketidakpuasan hati melanda ke atas company xyz. Aku telah di diskriminasikan. Aku patut sedih. Aku patut marah. Aku patut kecewa.

Ya. Aku memang kecewa. Tapi aku tak marah. Setidak nya, aku dijanji kan tempat di company xyz pada 1 Dec 2009. Selepas aku bersalin. Tiada alasan kukuh yang diberikan, cuma aku yakin pihak xyz tak sudi nak tanggung maternity check up aku. Persoalan nya... adakah aku kisah??

Sebab tempat kerja aku sekarang menawarkan faciliti yang lebih menarik. Sudah 4 bulan aku menghabiskan duit company xxx untuk maternity check up aku dekat SDMC Subang Jaya. Dan sekarang...tentu nya aku akan terus mengharapkan khidmat sponsor dari xxx sehingga aku bersalin nanti. hohoho

Mungkin ada hikmah nya lapor diri aku di company xyz di-delaykan sehingga hujung tahun ni. Sekurang nya, aku tak perlu berhimpit dalam tren waktu sarat nanti. Juga yang penting nya, dapat lah aku merasa bonus dari company xxx tak lama lagi. hehehe... Gembira sambil mata bersinar sinar...(dasar mata duitan).

-----------------------------

Baby aku yang kiut miut ni (macam muka aku) dah 4 bulan berpusing pusing dalam perut aku. Walau pun dia belum reti ber-tomoi, kadang kadang bila dia berpusing tu buat aku senak. Adooii....Tapi sangat happy sekarang. Perut dah besar. Sekarang ni, siapa siapa yang nak pegang, memang aku tadah je.... Pegang la.....Ai tak kesah dah.... (^____^)

Note : Pada yang dok kutuk t***k aku dah besar tu, siap lah korang... Time korang mengandung nanti, harus lah aku membalas kutukan. Bersedia lah. huahuahua


Thursday, March 05, 2009

Iyye...aku dah update dah ni..

Memang agak lambat aku hapdet, kan... hehehe.. Ai bz, okkk...

Ape pon aku nk wish CONGRATS kat Che Mun yg kecik molek ini. Udah kawen ye dikau. Semoga kekal ye sampai bila bila.

Err....ko kena pepandai rancang ye....nnti kena kuar kpli. huahuahua.....


Eh, tidak perasan aku dikau memegang perutku. ampesss..


Hohoho... ramai lagi anak dara di Satyam ni rupanya...Yg lelaki2 berkenaan, paham2 ye.... Takkan asik g kenduri orang jewww... hehehehe


Itu je lah aku hapdet hari ini. Sambil2 tgk SpaQ. En.TeMmon dh bz dgn aktiviti swimming dia. Aku je lah swimming sorang2 depan TV. huhuhu...

Note: Esok aku balik Gerik pulak. hohohooho..... Tingin makan nasik lemak buatan Puan Mami. Slurppp....

Thursday, February 26, 2009

Ohh..hari nak hujan lagi.. mari lah pulang awal.

Ngantuk. Bosan. Sakit pala. Combination yg bagus. Gila pathetic kan hidup aku? Hari hari datang ofis mengadap pc sambil terteleng kepala tgk orang lalu lalang menuju ke pantry. Kalau ade rezeki, ada orang ajak makan di pantry. Kalau takde rezeki, tetap merenung pc sambil korek jerawat. Arghh!! Bantulah aku keluar dari sini....

(sambil tgk Seetha lalu lalang kat mesin photostat....)

Purak purak bizi. Semoga dia tidak sedar akan kepura-puraan aku.

................

Akan berdepan dengan interview minggu depan. Dengan syarikat baru. Cukup lah aku tulis sebagai company xyz. Aku sangat yakin akan tinggalkan company xxx. Tapi tak tau bila. Harap secepat mungkin.

Surat resign sudah print. Arghh!! Takut pulak nak bersemuka dgn Seetha. Kena berdoa dulu.

Note: Besok malam balik alor setar naik bas 2 tingkat. Gila ah. Wish comes true!

Wednesday, February 11, 2009

Aku byr 10hinggit tiket wyg bkn utk dgr kau bercerita, okk.

...................

Ya. Seperti tajuk entry aku kali ni, itu yg ingin aku sampaikan. Bukan aku nk tala-kan ke-hanginan aku ni pada semorang, tapi aku sangat sangat bengkek kalo masa 2jam aku dalam panggung berbayar tu terhabis dengar orang membebel je, Sangat meluat. Kalau setakat nak jerit2 histeria ke...nak nangis meraung raung ke....aku TIDAK kisah. Tapi kalau sepanjang minit tu kau nak komen...nak takut-takutkan awex ko.....nak cerita ape jadi lepas tu...baik aku beli DVD je. Tgk kat umah sambil mengangkang minum vico. Lagi best!

Boleh pulak die nak bersembang mcm dia sorang je yg bayar tiket. Main suap2 pop-corn. Jijik aku tengok, ok. Jijik. Lepas tu boleh pulak buat dialog ala script dalam panggung tu.

Si bf: "Ha! Lepas ni jadi camni..."
Si gf: "Aik, idup lagi die ni?"

Si gf: "Muke die cam pompuan la...kan awak, kan?"
Si bf: "A'ah la....Eh..tu mmg pompuan laaa.... ape la awk ni...hikhikhik..(gelak gatal)"

Si bf: "Awex cite ni masa kecik cun gila...time besar, huduh plak, kan?"
Si gf: "Isk..tak baik laaaaaaaaa................"

................................

Arghh...boleh meroyan aku! Hilang fokus aku, ok... Geram! Kpd semorang, jgn la buat aksi getik ini dalam wayang. Kalau rase nk jugak bermesra2, beli la dvd, tgk je kt umah korang. Nak tunggang tebalik pun xde yg heran. Sekian.

(Dialog mereka sangat lama dan tak henti-henti. Sampai cite habis pun still nak komen. Bosan manusia camni.)

Si bf: "Kan sy dh ckp die tak mati punye laa......" (Yer.....hero die tak mati. kenapa? ko nk merasa ke??)

Note: Sib baik cite tak best!

Thursday, January 29, 2009

~Achik kawen? Tahniah......

24/1/09 - Lagi sorang member sekolah aku yg sengal dh kawen. hehehehe... Tahniah..Aku yg mmg sgt sukakan mkn lauk kenduri, tanpa ragu2 nya terus terjah rumah die. Nasib baik dok Gerik ja...hehehehe...

Sempat la jugak ber-re-union secara tak sengaja kat umah Achik ni. Ramai gak member2 lama yg datang. Semua dh besar2 panjang. Sian la En.Temmon kebusanan menunggu aku bergambar. hohohoohohhoh

Ana and Achik


Ezan, Achik, Anabest


Sorang demi sorang kawan aku nak kawen. hehehehehe...... Lepas ni, nak terjah rumah Cik Mun. Nasib baik kat Kedah je.....Boleh balik kampung En.Temmon. hohoho.... Sape2 yg nk g umah Cik Mun, mai la singgah umah mak mertua ai... hahahaa.. pepandai je aku ajak.... Tak ape...rumahmu, rumah ku jua....Lalalalala~

Note: Sonok tgk member kawen. hehehehe... Pada yg tgh membujang tu, renung2 kan...dan selamat beramal..... (^__^)

Wednesday, January 21, 2009

~Hari ni MC lagi...yeyyy~


Aku dah tak tau nak buat mende sekarang nih. Ubat dh telan. Otak pun dh weng.

Sebenarnya aku tgh syok dok sorang2 kt umah. Aku tak pegi opis. Aku demam, okk.. Bukan sesaje nak monteng. Walau dalam hati tinginnnnnn sangat nak ponteng hari2. Tp buat nya company xxx 'pontengkan' aku selamanya, padah lah hidup aku selepas itu....huhuhu...

Jadi sebagai staff yg cemerlang lagi gigih, apa jua ujian yg datang melanda company aku, aku tetap datang hari2 bg sokongan yg tak berbelah bahagi. Hatta lepak di pantry dan di surau jua adalah sokongan terhadap company, kannn......

Dah lama jugak aku tak hapdet, kan. Aku tak larat ar nak tulis tulis. Membosankan. Adakah aku sudah sampai ke peringkat umur yg membosankan? Err...atau..adakah aku bosan dgn hidup aku? Jawapan nya... TIDAK.

Aku masih belum bosan dgn hidup aku. Lagi2 dgn keadaan sekarang ni. Seronok rasanya bila terasa ada menda dalam perut. Err.. tak rasa pape pun lagi sebenarnya. Cuma, rasa mabuk, mual2, pening2 lalat tu sangat la berleluasa kini.

Huhuhu.. perit jugak la alahan ni. Setiap saat aku rasa nak muntah. Segala bau yg aku suka dulu....jadi amattt laaa...B.U.S.U.K.

Sekarang ni ramai plak yg dok usha2 perut aku. Oi...perut aku tak besar lagi la....Kalo nampak pon, itu adalah perut yg original. Di ulang, ORIGINAL. Tak payah nak pegang2 perut aku. Esok esok kalo dh besar nnti perut aku tu, aku tadah bg korang pegang sampai muntah. Nak?

Hahaha... aku ber-blog ni pun sebab nak layan tag dari cik aino. Dh lama gila delay. Cadangnya nak buat2 lupa. Tapi kang, esok dia mogok ngan aku, sape plak nak ajar aku main game SIMS tu kan....


**** THE TAG ****


Tajuknya 16 perkara rawak.

Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

******************

1) Kulit muka aku adalah sangat tak sensitip dan degil. Buktinya, aku dh tukar beratus2 pencuci muka, foundation dan segala2 mende alah yg pompuan zaman sekarang dok tempek kt muka. Hasilnya...takdek pung! Muka aku still macam itu. Berkerak. Itam. huhuhu... Muka aku sekarang ni, itulah muka aku 10 tahun lepas. Takde beza.

2) Aku suka rambut aku. Gabungan kerinting dari Encik Dedi dengan lurus halus Pn. Mamy. Tp aku sangat TAK SUKA rambut depan aku. Cina kedai tu dh salah potong arrrr time raya taun lepas. Benci! (Sebab tu kat rumah aku pakai cekak rambut).

3) Aku sangattt sangattt suka tgk muvie. Sekarang ni kat umah, kerja aku di waktu lapang (ketika En.TeMmon malas nak layan aku), aku suka layan dvd sorang2. Tapi umah aku xde astro... Kalo tak, boleh gak layan chanel kirana tu.....(*ini adalah hint pd sang suami untuk pasang astro di rumah tatkala isteri dilanda kebosanan tahap cipan).

4) Chikku dh takde!! Sapa chikku?? Tentu lah saga kesayangan aku tu. Huhuhu.. Aku dh bagi Chikku kat abang aku yg tak best ittuw.... Harap dikau sambung bayar ye..... Ai nak guna duit kete tu untuk beli botol susu anak ai.. (padahal nak berpoya2.. ngeh ngeh ngeh)

5) Aku tak penah kentut depan orang kecuali depan Poyyu dan Ponni. hahahhaa... 2 budak tak matang tu membesar dgn kentukan aku aje. Tp selain dari mereka, aku tidak pernah... Kalo ter tu lain citer arr.. (kan bang, kannnn.. hahahaha).

6) Walaupun telah di brain-wash oleh En. Dedi mengenai keMALASan aku, aku tetap malas. hahahhaa... Nak buat cam mano? Tak dapek den nak nolong. Jadi aku malas nak tulis sampai 16 facts. 6 pun cukup la...asalkan ade numbor 6, kann... Aci tak? lalalala~

Dah dah. Aku nak berhibernasi sekejap. Tensen ar dok call TM semorang tak angkat. Mogok ke hape? Ke sumer staff die cuti seperti aku? Takkan semua nya MC... Tak logik. Ah... sat g aku call lagi. Aku nak call hari2 sampai orang menara tu muntah asik jawab call aku jerk...

Note : ~Otak weng makan panadol~

Friday, January 09, 2009

Aku masih di Malaysia....

Dengan scandal yg melanda company xxx sekarang ni, huru hara sekejap opis aku. Company xxx pun dh menjadi glamer seantero donia. Mengapa? Kenapa? Itu M.A.L.A.S aku mau pikir. Sbb aku sebenarnya gumbira. Bukan gumbira atas masalah yg melanda...... Cuma aku gembira. Salah ke aku nak gembira?

Atas sebab masalah yg melanda XXX sekarang ni, semua travel ke oversea di onhold!! Maksud nya kensel la tu............

Ya! Termasuk la travel aku ke Bangalore yg sepatut nya berambush dari Malaysia mlm ni. Semua dh prepare....tiket dh ada...baju dh prepare...makanan dh byk stok...ubat ubatan pun dh stand by.... Tetiba kensel.

Ya, ade sedikit kecewa...Sbb tak dapat berjalan2 tgk dunia orang....huhuhuhu.. (padahal trening, kannn, bukan bercuti.). Tapi sebenarnya aku happy. Sbb dalam keadaan muntah2 ni.......dan hampir menjadi mak buyung dalam masa 2-3 bulan ni, aku masih boleh menyusahkan En.TeMmOn... muahahaha..... Tak perlu lagi aku risau macammana nak terus kan hidup 3 bulan ni, sbb aku masih ada tempat untuk mengada2....hehehe...

Bersedia lah En.Temmon..........wakakaka (sape suruh mengandung kan ai, kannnnnnnnn....)


Ini zuriat aku yg baru di scan semalam.... kecik nye dikau...hehehe baru 3cm... Tp jantung dia dh berdenyut... Harap2 sihat...... muahhhhsss..

Note: Gembira tak perlu ke India. Serius.

Tuesday, January 06, 2009

Penyakit ini berjangkit kah?????? MALAS nk jawab...


M.A.L.A.S

Penyakit malas aku dh datang balik.
Aku MALAS hapdet blog.
Aku MALAS bangun pagi.
Aku MALAS nak pegi ofis.
Aku MALAS nak pegi pantry bancuh milo ais. (Pantry xxx dh ade peti ais besarrrr.... hari2 aku minum milo ais)
Aku MALAS nak kuar poya2.

Yang paling teruk......

Aku MALAS nak masak. Jadi En.Temmon kena masak. Nasib baik beliau pandai masak. Aku tolong potong2 je, beliau yg sudahkan........ hasil nya??? Boleh la...........(padahal tambah doblas kali.)

Nak sambung lagi..
Aku MALAS nak buat maternity check up.
Aku MALAS nak jumpe doktor. (padahal takutt)
Aku MALAS nak muntah walau ada rase nak muntah.

........................


Aku MALAS pegi Bangalore!


Note: Barang2 nak hangkut pegi Bangalore, satu habuk pun aku tak kemas lagi. Sbb aku MALAS.

Boleh tak aku tak payah angkut barang2 aku? Aku angkut En.Temmon je.
Jom la banggggggggggggggg....teman ai kat sane!!! (T__T)


Tuesday, December 30, 2008

~HaPpY~


Kebelakangan ni aku nak kan macam2 benda.
Kebelakangan ni aku suka mkn coklat. Pelik.


Pelik? Tak pelik pun.. Sbb aku dh kena buatan orang.

……….


Ya. Doktor sah kan aku mengandung 4 – 5 minggu. Cepat kan? Bunting pelamin kata orang….. (^______^)

Kalo semuanya sihat, insyaAllah September 2009 bertambah lah seorang dalam family kami. hehehe

……….

Ada lagi 1 berita baik. Flight aku ke Bangalore postpon pulak ke tarikh 9/1/09. Bahagia nya aku kalo terus pospon ke bulan Sept tahun depan. *wink*
hehehehe

Note: Harap semua nya OK. Lalalalala~

Wednesday, December 24, 2008

Merry Krismas!! Hohoho

Sejak kecik, aku tak penah pecayekan Santa Claus. Apa itu Santa Claus? Manusia kah? Hantukah? Dari kecik lagi aku maleh nak berfikir, jadi aku tak fikir lah. Tapi 1 je yg aku suka pada santa claus. Kereta ber-rusa dia!

Ya! Itu aje satu-satunya yg aku minat pada En.Santa. Aku teringin nak naik kereta ber-rusa dia tu. Teringin nak ikut En.Santa jalan2 kasi hadiah. Teringin nak masuk cerobong asap rumah orang. (Eh, td kate tak pecaya kan santa..hehehe)

Setelah 24 tahun aku membesar dengan sihat dan kuat nya, untuk pertama kalinya aku berjaya berkenalan dengan seorang santa claus. Ya! Dia datang! Tapi tidak dengan rusa-rusanya. Dia bersendirian. Tapi tangan nya penuh hadiah!

Aku malas nak ambik pusing samada dia orang yg sebenar ataupon tidak.
Aku malas nak ambik pusing samada dia berkereta rusa atau berjalan kaki.
Aku malas nak ambik pusing samada dia kacak atau tidak.

Yang penting, mata aku terarah pada berkotak-kotak hadiah dalam beg plastik sampah hitamnya.

...............

Dan, hadiah aku daripada Santa hari itu....Mascara Maybelline + Cadbury Hazelnut!!!





Thanks Santa!!!!


Note: Pada yg menyambut Krismas, Merry Christmas!!! Hohoho

Tuesday, December 23, 2008

~Weekend @ PD~

Kebelakangan ni, aku banyak buat request mengada-ngada. Nak tgk Histeria..... nak shower foam yg ada gambar kambing....nak mandi laut... Bukan sebarang laut,okk...Cuma PD! Nak mkn di Seri Kembangan Paradise. Cuma di Seri Kembangan Paradise!

Adakah aku cuba mengambil kesempatan? Tidak.......
Adakah aku terlalu manja? Tidak.......
Adakah aku mengada? Tidak...... (ermm..ade la sikit...)

Bukan apa....aku takut jatuh sakit di India nanti. Takut sakit demam rindu. hehehe....

Hasilnya, semua permintaan dipenuhi. Ada lagi yg tidak disenaraikan. Takut kontroversi pulak nanti. hehehehehe...

Sangat seronok mandi manda di PD. Apetah lagi mandi bersama suami.
Apa di fikiran kamu? Teeettttt!! ~Lalalala~


Air sangat dalam. Nasib baik ada En.Pelampung yg tinggi. hahahah.. Jgn marah ye encik. Sangat suka bergayut di bahu kamu. *wink*


En.Temmon sangat gagah, okkk... (elehhh...dalam air boleh laaaa angkat ai)...



Berhibur dengan family sangat best!! Kita pergi lagi ya, Makcik, Pakcik, Mak Ndak, Wani, Shelin, Leka, Mimi, Mamat, Bg Long, Kak Zura, BangCik....En.Temmon!!!

Sayang kamu semua!

Note: Ada permintaan lagi! Nak dinner bersama Reha and Noni..................... Aku tak pernah lupakan kalian. heheheh

Monday, December 22, 2008

~Tahniah!~




Sorang lagi geng sekolah aku dh kawen............ Tahniah!!!! Dah lah kawen serentak dengan Mawi. Terlepas peluang aku nk g kenduri Mawi. Takpe...ape lah sangat Mawi tu..Ko lagi penting, Alia. *wink*

Ape pun, tahniah.....Semoga kekal ke akhir hayat....Ko sangat canteek.

Note: Lepas ni, ramai lagi tgh queue nak kawen nih. Tahniah too Maria & Hazim. Lepas bertunang nanti, korg terpisah 3 bulan. hahahhaha.. (sama la ngan aku).... huhuhu

Tuesday, December 16, 2008

Setelah cuti lama, I'm back!!

Dulu, aku sangat suka mandi bath tub. Kalau tido hotel yang ada bath tub, aku akan pastikan aku lah manusia terakhir yang mandi. Supaya aku boleh berendam sambil feeling sorang2. Kalau tido hotel dengan family, abah aku akan pastikan aku orang last mandi. Kalau tak, sampai esok die tunggu turn nak memerut pun belum tentu dapat.

Kalau time berendam, aku suka letak sabun banyak2. Biar buih naik sampai dagu. Pastu main tiup2 buih.. Sambil berangan.... Sambil pejam mata.. Sambil teringat cerita hindustan petang tadi. Esok nya kalau yang lain nak mandi, bising sbb syampu habis sebotol. Eleh..syampo boleh beli la....

.................

Sekarang, dalam bilik dh ada bath tub. Semalam 1st time guna, aku try nk berangan mcm time dolu-dolu. Aku nk letak sabun banyak2, xde stok pulak. Tertinggal kat rumah lama. Sudah nya, aku letak syampo head&shoulder. Wangi.

Aku try berangan sambil tiup2 buih... Sambil pejam mata.....

Tapi, aku terbayang 'benda' lain. Tetiba aku teringat cerita Ju-On. Dark Water. Wishing Stairs. Aku bayang air tu tetiba jadi keruh. Lepas tu ada pompuan rambut panjang keluar dari dalam air. Aku tgk cermin. Aku terbayang ada pompuan rambut panjang jugak. Aku tgk tingkap atas, terbayang tangan 'orang'.

Arghhhhh!!!!

Imaginasi aku telah melampaui batas. Lalu aku tukar posisi. Aku cuba meniarap sambil pejam mata. Bayangan datang lagi. Aku terbayang ada tangan yg tolak kepala aku bagi lemas. Aku bayang ada orang berdiri tepi bath tub sambil menyeringai.

Arghhhh!!!!

Aku tertekan. Tiba2 aku dengar bunyi.

'Uuuuuuuu'...... Aku diam.
'Uuuuuuuu'........ Bunyi lagi. Kali ni aku tak boleh diam. Aku perlu buat sesuatu.

Aku capai towel, terus lari keluar.

Aik, laki aku ada dalam bilik? Igt kan kat luar......
Atas katil, En.TeMmon tengah baca buku sambil buat bunyi. 'Uuuuuuuuuuuu'.

...........

Rasa mcm nak sumbat stoking dalam mulut. Sabar Ana, sabar......

Note: Apa kata tolong beli kan bath foam. huhuhu......

Thursday, December 04, 2008

Koleksi gambar kawen...(lambat update) hahaha

Yuhuuu...

Haha..aku tau aku lambat updet. Bukan apa, bila status dh berubah, otomatik la kehidupan berubah sama. Wah!! Bukan sebab aku maleh, taww... Sbb aku ketandusan sumber internet plus busy. Bz ke? hehehehe

Ni pun dok guna internet kt umah pak mertua. Tp depa suma tgh semayang Jumaat, so, secara licik nya, aku pun menyelinap la masuk. hehehe....


Ni saja aku nk tempek gambar hari tu.

Time ni dh selamat jadi isteri orang tu. hehehehe. Time tgh akad tu, semua member2 keliling aku tggu aku nangis. hahahaha.. Buat ape aku nk nangis?? Ai tgh hepi taw time tu.. wakaka...



Theme purple ni kat umah aku. Kat Gerik. Rumah aku takde ekon, so, time bersiap tu teramat la berpeluh. huhuhu.... Kelam kabut. Nasib baik la ade geng2 yg sudi membantu aku pakai baju ngan tudung. Tengkiu. Muah muah.



Tema gold ni belah Kedah. Santik ar tema ni...rasa cam anak raja plak. hehehhe... Neway, thanks pada yg hadir..pada yg tak dapat hadir tu, xpa...nk buat camne. Tgk je la gambar. hehehehe

Sekarang ni aku dok lepak umah mertua, sampai raya haji. Lama kan aku cuti? 3 minggu. Wakaka.. jangan jeles.. hohoho

Okkeh.. Nk gi hidang lauk, kejap lagi semua balik semayang Jumaat, menggelupur la nk mkn. Tambah2 En.Temmon...hohoho.......

Menantu solehah la kate kan...*wink* hahahahaha.. Padahal...........

Monday, November 17, 2008

Jemputan Majlis Perkahwinan daku~ 22/11/08




Salam...

Sahabat..kalian dijemput untuk sama2 memeriahkan majlis kami pada 22/11/08. Mari lah! Jgn malu....Ada sahabat yg tak dapat dikesan, anda tetap dijemput.

Ikutkan hati, nak je aku tulis semua nama kawan2, tp kang.....sampai minggu depan tak abis2 pulak, jd aku batalkan niat. So, sesapa lah yg terbaca blog ini, anda dijemput, okk!!!

Jarak umah aku dari putrajaya dalam 345km. Kalo aku drive Chikku aku tu, 1 tank (rm70) cukup je...Tol pulak rm35 (plus minus)...huhuhuhhu.... Tol dan minyak tu bukan pegi balik, okkk.... huhuhu... mahal kan kos nk dtg umah aku? So, boleh laaa..aku terima la reason sape2 yg kata umah aku jauuuhhh tu...Aku faham..

Note: Ye....umah aku jauhhh... aku siap lukih 2 peta lagi, kalo sesat lg, tak tau la aku... Konfem tak leh join amazing race. hohohoho