----

----
----

Thursday, December 31, 2009

Entry penutup 2009....perlu ke?...

Oh...tengok je kalendar, baru perasan hari ni dah ujung tahun...maka aku perlu lah bertindak! Blog mesti di hapdet untuk penutup tahun 2009.... Ceh! Macam poyoss je...

Ramai dah sms aku wish happy new year.... Kena happy ke? Baiklah..aku happy...... Ramai yg happy sbb 2009 dah nak abis....malapetaka katanya.. Haha..lain orang, lain lah ceritanya.. Bagi aku, 2009 sangat best. Penuh suka dan duka.......

Sejak dari awal kemunculan 2009 lagi aku dah happy.....sebabnya, bermula kisahnya mak buyung membawa perut! Haha.... Penuh dengan debaran dan ketidaksabaran...Sampai lah 1 sept, Alia menjenguk dunia baru... Ye! Sangat gembira...dan letih. Sampai lah ke penghujung 2009, aku masih gembira....dan letih. Esok, Alia genap 4 bulan.. Hepi hepi!!

Cuma, ada waktu yang menyedihkan aku.... Pemergian opah tersayang.... pergi tanpa sempat kenal cicit sendiri.... Juga waktu en.dedi terlantar sakit, 2hari sebelum aku beranakkan alia... Sekarang, alhamdulillah..walaupun tak sihat betul, sekurangnya keadaan semakin baik....

Sekarang, semua suka duka tu dah tinggal kenangan...... Buat macam mana pun, apa yang dah berlaku, tetap takkan berubah...

2010 pulak tak tau macam mana kisah nya...... Kita sendiri yang mencipta kisah tentang kita.... Ayuh! Kita tamatkan untuk tahun ini!

Selamat tahun baru!!!

...semoga semuanya lebih indah....mari cipta lebih banyak kenangan...

Note: oh...aku baru je celebrate birthday ke 25... Esok dah masuk 26 tahun?? Isk isk isk....

Wednesday, December 16, 2009

Hoyeh!! Aku mau pulang!

Sawadikaap.. Eh tercakap siam pulak. Hati aku riang ria hip hip horay waktu ini.. Sbb hari ni last di taiping.. Wa! Sonok sonok! Tapi tak tau la en.dedi nak kutip ai malam ni atau esok. Huhuhu.. Tamat lah penderitaan aku 3 minggu ni.. Tapi kan..kata org,tak kenal, maka tak chenta! Sebab dh dok 3minggu kat sini lah,aku dh jatuh syg.. Hehe sedih pulak nak pisah2 ni. Haha macam la tak kan jmp blk,kann.. Hehehe bawah ni gambo dinner BBQ semalam... Dah la kena buat tarian kat stage. Haha mak belasah je noks! Tgk blk video,rasa nak bunuh diri pun ada! Hahaha..
Bagi aku la kan, induction 3 minggu ni salah satu program yg plg best yg penah aku join! Except duration 3minggu tu, yg lain, best belaka. Sebabnya, pompuan ada sikit je..so, aku kenal semorang.. Takda la berpuak puak. Semua boleh masuk. Dan yg paling penting, time beratur nk makan je,mesti tak lama. Hahaha.. Aku tak berapa kenal la budak2 laki, sbb bila dh kawen ni, rasa tak syok plak nak gedix2. Hahaha bole? Gambar mmg byk,tapi malas ah nak tempek. Lgpun, hapdet blog guna henset tak best! Huhu
Hoho, lepas ni aku tak tau la aku di postingkan kat mana. Huhuhuhu.. Tapi aku berharap sgt dpt dkt cyberjaya. Dkt lah dgn ofis en.temmon, nursery alia, dgn makcik noni, makcik huda.. Pastu,boleh tgk ofis lama. Sob3x. Tapi,kalau dpt tempat lain, harap2 lah dkt dgn putra lrt, senang lah nak pegi.. Huhu.. Aduh! Sedih sentimental la pulak aku ni, dah la rumet aku, si afni ni pasang lagu sedih mendayu dayu. Wa!!Huhu.. Walaupun aku sedih nk berpisah ngan dorang ni,yg entah bila la boleh jumpa ni, tapi aku sgt merindui budak kecik kat bwh ni!! Alia!! Im coming home! Hehehe
(dalam hati alia, 'eleh..kecoh ar mak aku ni....')

Wednesday, December 09, 2009

Bila la kursus mau abes ni..aku dh fedap!

Adoi...aku malas la nak komplen 10% yg berlaku yg di luar kawalan aku.. Mcm ampaian takda..sidai bj dlm bilik tak kering2.. Mkn asik menda yg sama.. Dah 2 hari makan sisa lalat je.. Hari2 minum air teh smp nk berak pun payah..ape kes?? Malas la nak marah2,kan.. Tapi yg 90% lg,yg kita boleh kawal tu yg kdg2 buat aku hangin.. Minggu ni, every nite takda aktiviti.. Tetiap mlm sangap la dok dlm bilik, pastu boleh pulak ada ceramah/talk/training on weekend!! Marah,ok! Marah! Napa la tak penuh kan aje aktiviti letak siang malam on weekdays. Weekend boleh la sapa2 mcm aku ni nak blk ke..nk dilawat sedara mara ke..nak tido semalam di hotel bsama family ke... Adoyai!! Pelik aku. Bila komplen, kata trening ikut ofis hour, tp hari jumaat,penuh pulak dari pg smp mlm. Hari sabtu n ahad, penuh dari pg smp petang..ofis hour negara mana plak dorg ikut ni? Sesuki je..igt aku suka ke dgr2 ceramah yg takda kaitan dgn keje aku? Ah! Aku fedap! *mama rindu alia sebenarnya.....

Wednesday, December 02, 2009

Sapa kata kursus bosan? Best apa..tp agak2 la kalo nk buat kot,takkan 3minggu...

Merujuk kpd tajuk di atas, ingin aku tekankan, BEST gila trening kat sini!! Bkn best sbb ceramah,test atau apa, cuma yg best nya makan 6 kali sehari. Stended dok asrama. Dan untuk pengetahuan kamu, baru 2 hari dok sini, korset aku sudah ketat!! Ini bencana ni, bencana! Sekian. Aku sudah stress!